Thursday, July 15, 2010
Dasyatnya doa seorang ibu
~ Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
~ Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
~ *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
~ Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
~ Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
: Melihat kaabah sehingga menitis air mata
: Membaca quran sehingga menitis air mata
: Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata
~ 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
: Anak
: Ibu
: Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah Jer
~ Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
~ Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
~Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
~Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
~*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
~Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
:"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
:*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
:Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J
~Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
~Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
: "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
: "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
~*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
~Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
~*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
:Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
~Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time
~Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
~Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
~Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
~*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
~Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
~*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
~Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
dipetik dari cikgu.net...sebagai panduan dan peringatan kepada diri sendiri yang tidak sempurna ini. sayang makkk.....
Tuesday, April 6, 2010
macam biasa...
gambar ni diambil masa fatin kena demam campak, tgk kat tangan ngan dagunya..berparut...
Thursday, January 7, 2010
Layann..
Sekarang ni aku memang tgh dok layan lagu dari Wali Band..lagu2 dia best dan sedap didengar. Paling popular ketika ini lagu Cari Jodah, Tobat Maksiat, Yank, Mari Shalawat dan Ya Allah. Paling aku suka dengar Tobat Maksiat dan Mari Shalawat. Ok..aku nak kongsi liriknya dengan kawan2..try la dengar..best..
Tobat Maksiat
Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Mari Shalawat
Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha RasulillahSholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan
Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan
Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu
Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan
Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Wednesday, November 11, 2009
Susahnya nak ambil gambar..
ok..ni ada gambar2 fatin yang tak mahu gambarnya diambil..tgklah..susahnya nak ambil gambar dia..
tgk tu..dgn senduk pun jadilah..janji leh tutup muka..
Wednesday, November 4, 2009
Tip Keibubapaan
" TIP KEIBUBAPAAN”
- Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
- Sentiasa bertenang.
- Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
- Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
- Memberi anak anda susu ibu.
- Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan.
- Selalu membaca untuknya.
- Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
- Selalu membaca bersamanya.
- Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’
- Amalkan disiplin secara konsisten.
- Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.
Peringkat Remaja:
- Teruskan bergambar bersama anak anda.
- Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
- Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
- Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.
- Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
- Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.
sumber : kementerian, pembangunan keluarga dan komuniti