Wednesday, November 4, 2009

Tip Keibubapaan


" TIP KEIBUBAPAAN”

Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan Peringkat bayi:

  1. Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.

  2. Sentiasa bertenang.

  3. Menghayati detik-detik bersamanya selalu.

  4. Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.

  5. Memberi anak anda susu ibu.

  6. Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan.

  7. Selalu membaca untuknya.
Peringkat Kanak-kanak
  1. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.

  2. Selalu membaca bersamanya.

  3. Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’

  4. Amalkan disiplin secara konsisten.

  5. Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.

Peringkat Remaja:


  1. Teruskan bergambar bersama anak anda.
  2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
  3. Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
  4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.
  5. Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.

  6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

sumber : kementerian, pembangunan keluarga dan komuniti

Friday, October 2, 2009

Entri terlepas..

raya dah lepas dah..tapi suasana raya masih terasa lagi memandangkan sana sini masih terdapat jamuan rumah terbuka lagi.. dah lama sangat tak masukkan entri ni..jadi hari ni cadangnya nak masukkan semua entri2 yang tak sempat nak masukkan dulu.. hari2 bila mai keja kata nak update blog..tapi ada saja yg dilakukan..tgk2 jam dah 6.00 petang..tak sempat lagi.. tunda lagi.. sampai la hari ni. kena nekad juga buka blog.. kalau tak nanti bersawang lak rumahku ini.. he.he..

pertama..

aku menang jugak contest jom bermain air bersama.. anjuran kak yong, walaupun kategori aku diwujudkan di saat2 akhir.. fuh..best betul..sebabnya pertama kali cuba masuk contest ni..
ok..ni foto yang aku menang lam contest ni..hadiah lak..tak diberitahu lagi kerana last minit kan...janji menang.. tima kasih pada kak yong n juri2..

kedua..

kad raya yang diterima dari kak yong.. sory kak, lambat nak tempek lam blog.. terima kasih daun keladi..

ketiga..

gambar fatin yang terkini ketika hari raya.. tapi bukannya pakai baju raya tau.. pakai baju tidur ja..


Ni pulak..gambar fatin ngan syifa..yang dikatakan seiras mukanya..seiras tak?
syifa ni anak sepupu aku, dia tua setahun dari fatin..

Saturday, September 5, 2009

Happy Besday Fatin

Happy Besday sayang mama yang ke 2 tahun..semoga sentiasa sihat, menjadi anak yang solehah dan anak yang baik untuk mama dan abah... hari lahir fatin ialah pada 20 ogos 2007..dah dekat 2 minggu dah baru sempat nak masukkan gambar fatin masa sambut hari lahir hari tu..tak sempat nak buat besar2 pun... just makan2 family ja.. sebabnya mama n abah kerja dan mama nak buat pada tarikh 20 ogos gak.. tak mau buat tarikh lain.. jadinya malam2 ni kita2 ja la makan.. ok... ni ada gambar fatin yg terkini ketika umur 2 tahun....

Kek Hari Lahir..

Tak sabar nak potong kek ni la mama..

sedapnya kek ni abah..abah nak tak?

hadiah dari mama..

tak sabar nak buka ni..

kejap yer..adik nak makan dulu..hadiah ni biar adik pegang yer!

wah..seronoknya...ada muzik lagi...

adik nak main ni..abang tak mau la kacau..

hari ni adik nak tidur peluk hadiah yang mama bagi ni..adik suka sangat..

Fatin punya suka mainan ni.. sampai tidur pun dipeluknya mainan ni..tak bagi sapa2 pegang.. mama rasa bahagia sangat bila hadiah yang mama beri adik betul2 suka..

Saturday, August 29, 2009

" Beatiful Baby Search Contest "

Entri kali ni adalah untuk contest" Beatiful Baby Search Contest " Looking For Beautiful Prince And Princess" dari Mommy Zara, Cik penganjur ialah Princess Delisha. tima kasih ya..kerana mengadakan contest ini..


Syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara 2. sila add banner di atas pada sidebar.. 3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah.. 4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri 5 sila nyatakan bila gambar diambil. 6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k... ok..semua syarat telah dipatuhi..entri ni pun buat last minit..sebenarnya dah lama dah tengok2 n cari2 gambar yang sesuai, hari ni dah 29 dah..baru tingat tarikh tutup 31 ogos.. wah cepat2 siapkan entri....

Nama Anak : Fatin Nuradila binti Sharizam
Umur : 2 tahun (lahir pada 20 ogos 2007)

Ini gambar yang dipertaruhkan dalam contest ni..
Tadaaaaaa.....

Gambar pertama..gambar ni diammbil 4 bulan lepas.. fatin ni sebenarnya susah nak ikat rambut dia..asyik lari ja bila nak ikat.. gambar ni diambil sebab nak tengok gambar dia ikat rambut.. tu pun jenuh dok kejar sebab tak mau gambarnya diambil

Gambar kedua bersama abah..gambar ini dirakamkan juga 4 bulan lepas...fatin ni kalau naik keta sibuk ja nak pegang stereng..kenalah abah melayan karenah dia..erm..apalagi siap duk pusing2 stereng tu..

ok.. dah siap.. jom tengok hadiah2nya ialah :

1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan

Ramadan dah dekat, ross nak ucapkan Salam Ramadan pada semua.. selamat menjalani ibadah puasa n beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini..mohon ampun dan maaf atas segalanya.. semoga ikatan persahabatan di alam siber ini terus ukhwah walaupun tidak pernah bersua muka..