Wednesday, December 31, 2008

gift and ecard..


kad ni dari reen yang ketika ini sedang berselimut kesejukan...bestnya musim sejuk dah tiba... nanti ada salji lak..lagi cantik..amik pic letak lam blog yer..leh gak ros tengok...tima kasih atas kad yang cantik ini....



kad ni pulak dari tera yang merupakan teman blog yang gemar memberi card, award, tag dan macam 2 lagi..terima kasih daun keladi..ada lagi..bagilah lagi..he.he..

Friday, December 26, 2008

Tag dari Srisufi

Tag ni datangnya dari Srisufi...hope puas atilah yer..ngan jawapannya...

1.What is the relationship of you and him/her?
my girl..anakku..

2. Your 5 impressions towards him/her.
manja, tak tahan sakit, cepat belajar, kalau tidur bantal mesti atas muka,suka senyum..

3. The most memorable things he/she had done for you.
buatkan aku tersenyum dan ketawa..

4. The most memorable things he/she have said to you?
maaaaaama..nak andi (suka nak main air), jom..jom (nak ikut jer..kalau tgk mama siap2 pakai tudung)

5. If he/she become your lover, you will...
memberi sepenuh kasih sayang padanya..

6. If he/she become your enemy, you will..
tidak mungkin..

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
menjadi anak yg baik..

8. If he/she become your enemy, the reason is...
tak mungkin..

9. The most desirable thing to do on him/her is?
menjadi anak mama yg solehah dan berjaya

10. The overall impression of him/her is...
anak yang baik..

11. How do you think the people around you will feel about you?
suka bercakap..

12. The character of you for yourself is?
mudah tersentuh...mudah memaafkan..

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
malas..he..he..

14. The most ideal person that you wanna be is?
jadi diri sendiri yang akan sentiasa membanggakan orang yang tersayang

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
i love you too..

16. Ten people to tag:
sapa2 yg minat nak menjawab tag ni dipersilakan...

17. Who is no. 2 having a relationship with?
my daugther..

18. Is no. 3 a male or a female?
female..

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
pasti menjadi anak mama yang terbaik..

20. How about no. 6 and 8?
tak mungkin terjadi..dia sentiasa di hati...

21. What is no. 1 studying about?
baru 1 tahun 4 bulan..baru belajar bercakap..he..he..

22. Is no. 4 single?
milik mama n abah..

23. Say something about no. 6
sama seperti jawapan no 20

siap juga akhirnya....pada sapa2 yg ringan tulang leh la teruskan tag ni...

Tag Dari Yani..

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...

2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri... contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan baik ker,artis populer ker.. tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...

3. jangan edit2 tau gambar2 tue.. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih o.k tu jer,senangkan...
then forwardkan ler tag nie pada 5 orang yg anda rasa patut diforwardkan..tiada buat masa ini.

Ni masa akad nikah..tanggal 22 Januari 2006 sah lah aku menjadi isteri kepada Sharizam bin Bidi. Yg baju kaler sama ngan Ayang tu abang ros, wakilkan pada tok kadi..ros dah tak de ayah, bapak ros meninggal ketika ros umur 12 tahun lagi..


ni masa kenduri belah ros..28 Januari 2006, seminggu lepas akad nikah..

ni kawan2 baik masa kat u dulu, walaupun jauh sanggup datang sebab nak bersama2 di hari bahagia ros..tima kasih melah n syieda.. yg baju biru tu dari Terengganu, yg baju coklat dari Johor Baharu n yg baju pink tu kawan yg baju biru tu, teman dia..takut jln jauh2... n masih single lagi sampai hari ni...moga2 cepat jodoh yer...kami kamcing ketika study dulu, mana p mesti bersama, kelas pun mesti amik sama2 n assigment pun dlm satu group. sbb tu kita tak ramai kawan lelaki masa kat u dulu, mujur ros dah cintan ngan Ayang sebelum masuk u lagi...tu la sebab kot melah ngan syieda tak de boypren lagi..he..he..jgn marah...n walaupun dah hampir 3 tahun lebih, masih lagi bersms, terutama syieda, melah la ni..sibuk skit kot sbb kalau sms 2 3 hari baru nak balas, tu kalau nasib baik, kalau tak 2 3 bulan la jawabnya.. apapun tima kasih sebab menjadi kawan baik ros dulu, kini dan selamanya...


moga kasih kita kan utuh hingga ke hujung nyawa..cayang Ayang selalu..uummmmuaaaaaaaah...




The Most Beautiful....

The most beautiful house in the world
Situated in Barcelona, Spain


The most beautiful city in the world
Vancouver, Canada


The most beautiful boy in the world
For 2007 held in Australia and he is from Pakistan and he is 1yr & 9months old


The most beautiful girl in the world
Held in France and her name is Fatima from Morocco


The most beautiful eyes in the world
from Afghanistan


The most beautiful waterfall in the world
Niagra Fall in U.S & Canada


The most beautiful bridge in the world
Japan


The most beautiful horse in the world
Arabian


The most beautiful plant in the world
It is shaped like a water bubble

Wednesday, December 24, 2008

Award dari teman-teman..

Award ni datangnya dari Cik Manis kita yang sentiasa manis...


Award ni dari riana, katanya sebagai tanda terima kasih dalam membantunya mencantikkan blog..tak pe lah riana, blog kak pun masih bertatih lagi..kak bantu apa yg tahu je lah...

kad yang cantik ni dari mama mya...thanks..big hug..


Award ni datangnya dari kak tirana...2 sekali tu..tima ksih kak.. sayang akak....

Saturday, December 20, 2008

Sesi Perah Otak

Tag Dari Tera

Tag ni datangnya dari Tera yang telah lama ros peram..kannya apa sebabnya tak dak g mana2 lam bulan nov ni, tu yg terperuk lama dah tag ni..tapi sbb nak jwb gak maka ros ubah bulan nov ke 2, 3 bulan yg lepas..leh yer Tera..ampun!!

Soalan 1: Nyatakan destinasi terakhir anda pergi untuk merilekskan kepala otak dlm bulan November 08...jawapan wajib ada gambar posing maut...



Ni masa kami pergi berkelah di Lata Sg Sedim, Kulim yag terkenal ngan Tree Top Walk tu.. sejuk giler airnya..

Soalan 2: Apakah pengalaman manis yang pernah terjadi dalam hidup anda....wajib post gambar..
Kelahiran Fatin Nuradila pada 20 ogos 2008, hari isnin pukul 10.35 pagi adalah kenangan terindah dalam hidupku..dialah penyeri hidup kami berdua..sayang anak mama...
Soalan 3: Apakah makanan kegemaran anda....gambar jugak...(saje mendera)

Pasti kenal ngan makanan ni kan? Nilah dia sambal sotong kegemaranku.. walaupun tahu resdung banyak tapi nak makan jugak..dulu pernah gak stop jap..tapi tak tahan godaan bila mak selalu masak sotong, actually apa jenis masakan pun ros suka jika berasaskan sotong.. uhh.. lazatnya.. lapar la plak..

Soalan 4: Makanan yang anda paling tidak gemar.... nak juga gambar...

ni namanya tempe...ntahla nape sampai la ni memang tekak ni x leh nak terima la..masa study dulu kwn baik ros org johor n dia adalah penggemar tempe..n ros pun try la nak rasa..ermm..memang tak leh nak telan ler..sorry yer pada penggemar tempe..he..he..jgn mare...

Soalan 5: sila lanjutkan tag ni kepada 7 org. mereka yang bertuah ialah:

1.Ct as, 2.Sis lin, 3.Kak tirana, 4.zhirah, 5.Widylib, 6.Mama Mya dan Ecah. (silalah jawab yer..kalau bz pelan2 jwb pun tak pa...sorry jgn mare...)


Tag Dari Ecah
1. Do you think you're hot?

biasa aje..

2. Upload your fave picture of you

3. Why do you like that picture?

oh..semestinya matanya yg tgh kuyu tu..ngantuk giler tu tapi ada hati nak main lagi...masukkan dlm buai jer..terjun..uhh..payah tul nak bagi tidur..

4. When was the last time you ate pizza?

dah lama dah tak makan pizza maybe dah setahun lebih...last makan pun tgh ngandung fatin, tu pun sebab tingin sgt tapi bila makan jer..tak lalu la plak..n this case sampai la ni tak makan sbb tak rase nak makan...kalau kfc tu selalu la..he..he..


5. The last song you listen to?

oh..semstinya lagu di blog ros I'm Yours oleh Jason Mraz..suka sgt lagu ni..bila dgr rase cam duk terbang lak..cam rama2 lam blog ni..


6. What are you doing right now besides this?

Sambil jawab tag, dengar lagu je la..tgh dok pikir nak jwb tag ni pun dah berpeluh tak sempat nak buat yg lain dah..he..he..

7. What name you prefer besides yours? sayang, mama, ros, kak ros, ma, mak su dan rosma..


8. People to tag: 6 mangsa seterusnya ialah: 1. Tera 2. Zarra 3. Reen 4. Riana 5. LiYaNNnuaR 6. Yani

9. Who is number one? Ayang n Fatin..

10. Number three is having relationship with? my hubby lovely


13. Who is number two? my family..

siap gak..harap2 ecah leh tima le jwpn ni..kalau x btul pun..kira tul gak yer..

p/s: tag dari yani nanti kak jawab erk..dah amik dah gmbr semalam, nak mai scan kat tmpt keje.. alih2 tertinggal kat rumah lak..

Thursday, December 18, 2008

Memberi dan Menerima..


terima kasih tera diatas kad yang cantik ini..ros juga berharap persahabatan di alam maya ini terus berkekalan hendaknya.. walaupun hanya di alam maya tetapi kemesraan tetap terasa..

dan dikesempatan ini juga ros nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 dan pengunjung blog ini yag sudi memberi komen, menegur di msjbox dan memberi tag dan kad2 yg cantik2. Setiap kunjungan, komen, tag dan pemberian kalian amat dihargai..thanks a lot...terimalah kad ini sebagai tanda terima kasih dan persahatan kita di alam maya ini..




Tak lupa juga buat reen happy besday to you, walaupun dah lewat tetap nak ucap gak.... semoga panjang umr, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..Ni ada kad khas utk reen amik la yer...




Wednesday, December 17, 2008

Hikmah khatan

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.


Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.

Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.

Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.

Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.

Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."

Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.

Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.

Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.

Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.

Bagi perempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak, walaupun sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkan kenikmatan ketika bersama pasangan.

Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.

Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.

"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.

Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat rendah.

Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.

Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.

Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.

"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.

Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Di samping itu, ada beberapa faedah lain seperti memberikan ruang kepada zakar memanjang dan mengembang selepas kulup atau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya ereksi lebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.

sumber:harian metro

Saturday, December 13, 2008

VIRUS PALING JAHAT DARI YANG PERNAH ADA

Sebuah virus baru sudah ditemukan, dan digolongkan oleh Microsoft sebagai yang paling merusak! Virus itu baru ditemukan pada hari Minggu siang yang lalu oleh McAfee, dan belum ditemukan vaksin untuk mengalahkannya.Virus ini merusak Zero dari Sektor hard disc, yang menyimpan fungsi informasi-informasi terpenting. Virus ini berjalan sebagai berikut :·secara otomatis virus ini akan terkirim ke semua nama dalam daftar alamat anda dengan judul ?Sebuah Kartu Untuk Anda? ( Une Carte Pour Vous , atau A Card For You );· begitu kartu virtual itu terbuka, virus itu akan membekukan komputer sehingga penggunanya harus memulainya kembali; kalau anda menekan CTRL+ALT+DEL atau perintah untuk restart, virus itu akan merusak Zero dari Sektor Boot hard disk, sehingga hard disk akan rusak secara permanen.Menurut CNN, virus itu dalam beberapa jam sudah menimbulkan kepanikan di New York. Peringatan ini telah diterima oleh pegawai Microsoft sendiri.Jangan membuka e-mail dengan judul ? Sebuah kartu virtual untuk Anda? ( Une Carte Virtuelle Pour Vous atau A Virtual Card For You ).Kirimkan pesan ini kepada semua teman anda. Saya rasa bahwa sebagian besar orang, seperti saya sendiri, lebih suka mendapat peringatan ini 25 kali daripada tidak sama sekali. AWAS!!! Jangan terima kontak ?pti_bout_de_ chou @hotmail.com?. Ini virus yang akan memformat komputer anda. Kirimkan pesan ini ke semua orang yang ada di dalam daftar alamat anda.Kalau anda tidak melakukannya dan salah seorang teman anda memasukkannya dalam daftar alamatnya, komputer anda juga akan terkena.

lanjutan dari email..

Friday, December 12, 2008

Nak Tahu Tak?

Sehari 35,000 Bayi
Tahukah anda lebih 35,000 orang bayi dilahirkan di seluruh negara China setiap hari. Ertinya dalam setahun negara itu mengalami pertambahan penduduk lebih daripada 12 juta orang. Dengan pertambahan seperti itu tentu kamu dapat mengagak kenapa penduduk China sekarang ini melebihi 1,300,000,000 juta orang.

Tugu Sebelah Kaki
Di New York ada sebuah tugu yang mempamerkan sebelah kaki manusia. Ia adalah simbol kecederaan yang dilaami oleh Benedict Arnold, seorang hero dalam Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Ubat Batuk Purba
Nak tahu begaimana cara menyediakan ubat batuk yang popular di England pada masa dahulu? mudah sahaja, rebus siput babi dan air bali kemudian air rebusan itu diminum panas-panas.

Perlawanan 10 Hari

Perlawanan kriket yang paling lama pernah dicatatkan dalam sejarah ialah perlawanan antara pasukan England dan pasukan Afrika Selatan di Durban. Perlawanan itu terpaksa dihentikan setelah sepuluh hari berlangsung pada 3 hingga 14 Mac 1939. Itupun sebab kapal yang mebawa pasukan England terpaksa belayar pulang berikutan terpecahnya khabar akan meletus Perang Dunia Kedua.

Pakaian RM68 Juta

Pernahkah anada terfikir ada sepasang pakaiana yang nilai nya RM68 juta? Pakaian ini disifatkan sebagai antara pakaian paling mahal yang pernah tercatata dalam sejarah. pakaian bernilai RM68 juta ini dimiliki oleh Ratu Perancis, Marie De Medici (1573-1643). Pada pakaian yang berupa sepasang gaun itu terdapat 3,000 butir permata dan 39,000 butir mutiara. Yang menariknya, ratu tersebut memakai pakaian itu hanya sekalai sahaja iaitu pada 14 Oktober 1606, hari di mana anaknya dibabtiskan.

Supaya Botak
Pada zaman dahulu, anak-anak orang kaya dan golongan bangsawan di Greek akan dicelup ke dalam bekas berisi minyak zaitun sebaik sahaja dilahirkan. Tujuannya supaya budak itu berkepala botak sehinggalah hari tuanya..

Istana Luar Biasa
Istana Topkapi di Turki mempunyai banyak sebab untuk dikagumi. Selain dari mempunyai 17 buah perpustakaan didalamnya, di istana itu juga terdapat 12 buah masjid. Istana yang merupakan warisan kerajaan Othmaniah itu turut mempunyai 353 buah bilik, 12 ruang mandi yang besar-besar, 2 buah farmasi, 2 buah hospital, 5 buah sekolah, 21 buah gerai berbumbung dan 22 pancutan air.

Makanan Berair
Kebanyakan makanan kita sebenarnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Mentimun misalnya, mengandungi 96% air, manakala susu pula terdiri dari 90% air. Malah kentang juga mengandungi 70% air. Tidak hairanlah kenapa 2/3 daripada kandungan badan manusia adalah air.

Kuasa Otak
Otak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding anggota-anggota badan yang lain. Untuk keperluan itu ia menggunakan 1/5 atau 20% daripada setiap makanan yang kita makan. Bukan itu sahaja, isyarat yang dihantar ke otak kita juga sangat laju iaitu lebih laju dari kereta lumba F1. Kelajuannya? Lebih kurang 400km sejam.

Asal Spaghetti
Anda mungkin menyangka spaghetti berasal dari Itali. Sangkaan itu salah. Makanan ini sebenarnya berasal dari China. Di China ia dinamakan lo mein. Ia mula dikesan muncul di China kira-kira 850 tahun dahulu. makanan ini kemudian dibawa balik ke Eropah oleh pengembara-pengembara itali dan diberi nama baru, spaghetti. Bermula dari situlah ia berkembang menjadi makanan yang digemari di barat.

Asal Perkataan Kicap
Kita mungkin menyangka perkataan'kicap' dipinjam dari perkataan Inggeris 'ketchup'. Sebenarnmya tiadk. Kicap adalah perkataan bahasa Melayu. Ia dipinjam oleh orang Inggeris lalu diubah menjadi 'ketchup'. Banyak lagi perkataan-perkataan asing yang dipinjamkan dan digunakan dalam Bahasa Inggeris. Antara perkataan2 itu ialah 'mosquito' (Sepanyol), 'tea'(China), 'sugar'(Arab), 'shampoo'(Hindi), 'ski' (Norway) dan 'robot'(Czech).

Kota Yang Sesak.
Banyak orang menyangka, Tokyo merupakan bandar yang paling ramai penduduk di dunia. Sangkaan itu meleset. Tempat itu kini diduduki oleh Mumbai dengan penduduknya berjumlah lebih 13 juta orang. Berada ditempat kedua ialah Karachi (11.6 juta), diikuti oleh New Delhi (11.5 juta orang). Tokyo kini berada di tempat ke 12, dibelakang Jakarta.

Happy Birthday To You
Hampir semua orang menyambut hari jadi menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi'. Lagu ini diubahsuai daripada 'Happy Birthday To You'. Lagu tersebut dicipta pada tahun 1983 oleh dua orang gadis adik-beradik yang bernama Mildred dan Patty Hill. Judul asalnya ialah 'Good Morning To Yopu'. Pada mulanya tiada siapa memperdulikan lagu itu. Tetapi selepas lirik 'Good morning To You' ditukar menjadi 'Happy Birthday To You' lagu itu terus popular.

dipetik dari buku: 1001 fata tentang manusia


Thursday, December 11, 2008

Bayi : Demam Panas

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.Sebab-sebab berlakunya demam (fever):

  • Jangkitan kuman bakteria atau virus.
  • Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.
  • Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
  • Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.
  • Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.
  • Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.
  • Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.
  • Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang diberikan bergantung kepada keadaan. Antara ubat yang selalu diberikan dalam masalah ini ialah:

  • antibiotik untuk membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk.
  • paracetamol seperti panadol syrup dsb. Ia digunakan untuk mengurangkan demam dan juga rasa-rasa sakit badan yang dialami. Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil supp. atau nama penuhnya suppository) digunakan. Antara persediaan yang ada di pasaran ialah paracetamol supp. dan voltaren supp (mengandungi bahan diclofenac sodium).Penggunaan aspirin atau methylsalicylate TIDAK dibenarkan.
  • selain paracetamol, ubat yang lebih kuat seperti ibuprofen boleh juga digunakan untuk bayi berusia enam bulan ke atas.
  • decongestant iaitu ubat titis yang digunakan untuk merawat hidung yang tersumbat.
  • ORS iaitu oral rehaydration salt dalam bentuk serbuk yang dimasukkan ke dalam air dan diberi minum. ORS mengandungi bahan-bahan mineral untuk menggantikan cecair badan yang hilang akibat peluh dan cirit-birit.

Petikan dari www.anispharmacy.com

Friday, December 5, 2008

Pemberian Teman..

Ni kad hari raya dari Tera..tima kasih Tera..ros ni dah lama dah x dapat kat raya..maklumlah..zaman semakin maju..kawan2 semua guna sms atau email je nak ucap hari raye ke happy besday..nak cepat n jimat..Ros juga nak ucapkan pada Tera dan semua pengunjung blog ni "Selamat Hari Raya Aidil Adha".


Yang ni pula badge dari Lady D..Thank you lady D..ingat gak kat kite....

Thursday, December 4, 2008

Mengapa teriak? Hati tidak berjarak..

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:
"Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?"
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab:
"Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak."
Tapi…" Sang guru balik bertanya, " Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Sang guru lalu berkata: "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi." Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut: "Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?" Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. " Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan. " Sang guru masih meneruskan: "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda."

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Tuesday, December 2, 2008

Manusia, Malaikat dan Syaitan ..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Saturday, November 29, 2008

Dadih lagi..


Disebabkan hari tu tak sempat nak letakkan resepi nak
buat dadih ..so hari ni aku nak tulis resepinya...resepi asal aku cedok dari internet dan kwn2 tapi aku telah tmbh sukatannya..sbb nak bg tak lembek sgt tak keras sgt..

Bahan-bahannya: Bahan A
agar2 sepeket RM1.00 atau yg 12gm..
3 liter air

Bahan B
Susu tin pekat saiz tinggi amik 1/2 tin jer..
1 cawan susu tepung( aku selalu guna susu tepung everyday)

1 cawan gula
3 cawan air (air yg telah dimasak)


Bahan C
Nata Decoco
secubit garam


Cara2 membuatnya.
1. Didihkan air 3 liter. Sementara tunggu air masak rendam agar2 dulu..bg dia lembut skit..
2. Bila air dah mdidih masukkan agar2..
3. Sementara agar2 nak hancur amik bhn B masukkan dlm satu bekas kacau sebati..
4. Bila agar2 dah hancur masukkan bhn B tadi.
5. Kacau bg larut semunya masukkan sedikit garam nak bagi rasa lemak..
6. Pas tu tutup api. tak perlu lama2 susu sbb susu tadi dah bancuh ngan air masak dah..

7. Pas
tu leh la letakkan perasa ape yg korang suka..kalau nak byk2 kaler asinglah dlm bekas lain dulu baru masukkan perasanya.
8. Pas tu baru tapis dan tuang lam bekas2 kecil tu..nak sedap tambahla nata decoco.
9. Bagi suam sikit baru masukkan lam peti sejuk..tak elok utk peti sejuk kalau masukkan benda panas2.
10. Dah sejuk leh la ngap..yum..yum...


Friday, November 28, 2008

Savvy..

Ni la keta aku dok ulang alik p keje...dah 2 tahun pun usianya...masa nak beli hari tu..memang dah tau keta ni jimat minyak skit..tapi masa minyak mahal dulu..kena banyak jugak la..la ni minyak dah turun, ok lah sikit...tima kasih ketaku yang sentiasa aku bawa kemana-mana.. walaupun kecil tetapi banyak berjasa...

Pandangan hadapan..

Pandangan sisi...

Pandangan belakang..


Tak lupa jugak...


Ni anak beranak yang nak tumpang glamor..nak senyum cam tak nak jer...

Wednesday, November 26, 2008

Mutiara Kata Hikmah

Orang yang berilmu itu akan selalu berdoa; Ya Allah, kayakanlah aku dengan kekayaan ilmu, hiasilah aku dengan perhiasan sopan santun, muliakanlah aku dengan kemuliaan taqwa, dan cantikkanlah aku dengan kesihatan yang sempurna.

Ketahuilah! Bagaimanapun kita merasakan panjangnya malam hari, pasti esok fajar akan tiba. Begitu pula bagaimanapun panjangnya umur manusia, pasti kematian akan menjemputnya.

Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan, dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.

Katakanlah musuh anda dengan perkataan yang lemah lembut, kerana perkataan yang lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. kemarahan dan kekasaran tidak akan membawa kepada kemenangan.

Merangkak tetapi sampai, lebih baik dari berlari tetapi putus jalan.

Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa yang selalu tinggal di belakang.

Orang yang bersalah itu ibarat kayu besar yang akarnya akan putus-putus dimakan ulat, hanya menunggu saat tumbangnya, walaupun batangnya kelihatan masih kukuh.

Hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana permusuhan, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang pengaruh kerana lemah.

Mutiara kata ini dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Teladan dan Mutiara Kata jilid 3


Tuesday, November 25, 2008

Tip Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sama-samalah kita perbaiki diri...

sumber: swakarya.com


Dadih....

Seperti yang dijanjikan selasa aku mula ke blog semula tapi sayangnya gambar tak sempat nak amik pun..fatin demam..meragam jer..kat abah dia pun tak mau..selalunya abah die lah segala-galanya tapi bila demam kat mama die jer nak...tak sampai 10 minit pun aku dok rumah mak lang..dia dah nangis sampai sume org tengok die je...akhirnya aku balik je lah..tak sempat nak makan pun...mujurlah ayang wak balik sepingan nasi kat aku....sempat lah jamah..walaupun tengah meriba fatin...so gambar majlis kenduri tu tak de lah...tapi yang bestnya aku ada buat dadih untuk majlis tu ada la dalam 300 biji untuk tetamu dan rombongan pengantin..punyalah laris...letak tak sampai setengah jam dah habis...wah..free sapa tak nak..he..he...kiranya sapa yang sempat makan tu bertuah ler..lepas tu sambung makan pisang je lah sebagai pencuci mulut..rasa cam best lak..kalau buat niaga tiap kali ada kenduri best ni...kena lak dok sebelah maniam yang jual aiskrim tu..mesti dia jelousnya....kat sini ada gambar dadih yang aku buat tu...sebenarnya aku dah mula buat dadih 2-3 bulan lepas lagi buat meniaga..letak kat kedai2...tapi cuti sekolah ni..bisnes tak jalan la..maklumlah aku letak kat kedai2 yang dekat ngan sekolah jer..budak2 sekolah suke sgat ngan dadih aku ni..(perasan la plak..) jadi aku sempatlah nak buat buah tangan utk kenduri mak lang aku...dengan dibantu oleh kakak2 aku ni..maka siaplah dadih ni....


dengan periuk besar ni dapat lah dalam 150-160 biji...aku buat dua round la...

Memperkenalkan!!!
pembantu2 aku yang giat dalam menyiapkan dadih ni..tima kasih kak , kak syima dan kak mie...tanpa kalian tiadalah dadih ni..

Friday, November 21, 2008

Walimatul Urus



Ha...sesuailah dengan musim cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin yang terpaksa dihadiri. So, besok ros amik cuti, sepupu nak kawin. Sepupu ros bomba kawin ngan nurse..ok la tu..ape2 hal nurse sedia membantu..he..he..(minta dijauhkan perkara buruk) jadinya blog ni tak update dlm 3 hari la..selasa baru keje balik.... nanti kalau sempat amik gmbr..ros publishkan kat sini..maklumlah fatin la ni tgh nakal...mana nak kejar dia lagi nak amik gmbr lagi....bagi yang nak menamatkan zaman solo..ros ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga akhir hayat....ops.. lupa..semoga bahagia selalu dan dapat anak2 yang soleh dan solehah. Amin....


Tag dari Lieya

*Here are the rules*

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

*SEVEN facts about me*
-Terlalu menyayangi my family lebih dari nyawa sendiri
-Suka ketawa
-Suka binatang terutama kucing
-suka senyum
-suka dengar lagu
-tak suka rumah bersepah
-suka mandi lata/ jeram..air sejuk giler...

*SIX unspectacular quirks about me*
-cepat marah cepat sejuk
-takut ngan labah2
-suka berangan
-suka lakonan Shah Rukh Khan dan Rosyam Noor wlpun org kata hero tua
-selalu fikir yang bukan2
-kuat merajuk tapi tak lama..

*SEVEN people to tag*

Sesapa yang tingin nak teruskan tag ni...silakan....

ok tak? yang ni je lah yang mampu dijawab pun..tu pun berpeluh gak ler nak pikir jawapannya...nak taip lagi..susah tul soalannya....

Thursday, November 20, 2008

Penghargaan Tak Ternilai...

Dari Kak Tirana...

cantik la...tima kasih kepada kak tirana yang sudi berkongsi award ni ngan ros walaupun ros ni tidaklah layak nak dapat award ni..maklumlah masih baru lagi...tetapi ini semua akan membuatkan diri ros lebih bersemangat utk terus menigkatkan lagi kualiti blog ni..cewahh...

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Hari Yang Suram...

Hari ni rasa cam tak ceria jer...(walaupun tulisan ni aku dah kaler malerkan untuk menceriakannnya) rasa cam suram, sunyi dan syahdu..nak kata dok sorang2 tak juga..ada user ramai ni tapi hatiku....entahlah.... nak buat cam na? please.....kembalikanlah keceriaan padaku...



aku nak kena nyanyi lah cam ni....wah....baru hilang rasa kesyahduan ni...lagu ape erk!!

Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu


syahdu giler lagi ni...ish..ish..ish...

Berhati-hatilah....

Astaghfarlah kita byk-byk. Entah berapa kilo dah benda-benda ni espsecially buah Lychee tu yg dahkita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalah campur benda-benda haram tu..
Tak tau nak makan apa dah. mcm-mcm lani..makan biscut ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati-hatilah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak-anak.

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include : -

- Canned Meat
- Canned Seafood
- Canned Fruits
- Canned Vegetables
- Seasonings

di atas adalah barang-barang keluaran narcissus.

untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website http://www.halaljakim.gov.my/

..email dari seorang rakan untuk dihebahkan kepada muslimin muslimat