Friday, December 12, 2008

Nak Tahu Tak?

Sehari 35,000 Bayi
Tahukah anda lebih 35,000 orang bayi dilahirkan di seluruh negara China setiap hari. Ertinya dalam setahun negara itu mengalami pertambahan penduduk lebih daripada 12 juta orang. Dengan pertambahan seperti itu tentu kamu dapat mengagak kenapa penduduk China sekarang ini melebihi 1,300,000,000 juta orang.

Tugu Sebelah Kaki
Di New York ada sebuah tugu yang mempamerkan sebelah kaki manusia. Ia adalah simbol kecederaan yang dilaami oleh Benedict Arnold, seorang hero dalam Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Ubat Batuk Purba
Nak tahu begaimana cara menyediakan ubat batuk yang popular di England pada masa dahulu? mudah sahaja, rebus siput babi dan air bali kemudian air rebusan itu diminum panas-panas.

Perlawanan 10 Hari

Perlawanan kriket yang paling lama pernah dicatatkan dalam sejarah ialah perlawanan antara pasukan England dan pasukan Afrika Selatan di Durban. Perlawanan itu terpaksa dihentikan setelah sepuluh hari berlangsung pada 3 hingga 14 Mac 1939. Itupun sebab kapal yang mebawa pasukan England terpaksa belayar pulang berikutan terpecahnya khabar akan meletus Perang Dunia Kedua.

Pakaian RM68 Juta

Pernahkah anada terfikir ada sepasang pakaiana yang nilai nya RM68 juta? Pakaian ini disifatkan sebagai antara pakaian paling mahal yang pernah tercatata dalam sejarah. pakaian bernilai RM68 juta ini dimiliki oleh Ratu Perancis, Marie De Medici (1573-1643). Pada pakaian yang berupa sepasang gaun itu terdapat 3,000 butir permata dan 39,000 butir mutiara. Yang menariknya, ratu tersebut memakai pakaian itu hanya sekalai sahaja iaitu pada 14 Oktober 1606, hari di mana anaknya dibabtiskan.

Supaya Botak
Pada zaman dahulu, anak-anak orang kaya dan golongan bangsawan di Greek akan dicelup ke dalam bekas berisi minyak zaitun sebaik sahaja dilahirkan. Tujuannya supaya budak itu berkepala botak sehinggalah hari tuanya..

Istana Luar Biasa
Istana Topkapi di Turki mempunyai banyak sebab untuk dikagumi. Selain dari mempunyai 17 buah perpustakaan didalamnya, di istana itu juga terdapat 12 buah masjid. Istana yang merupakan warisan kerajaan Othmaniah itu turut mempunyai 353 buah bilik, 12 ruang mandi yang besar-besar, 2 buah farmasi, 2 buah hospital, 5 buah sekolah, 21 buah gerai berbumbung dan 22 pancutan air.

Makanan Berair
Kebanyakan makanan kita sebenarnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Mentimun misalnya, mengandungi 96% air, manakala susu pula terdiri dari 90% air. Malah kentang juga mengandungi 70% air. Tidak hairanlah kenapa 2/3 daripada kandungan badan manusia adalah air.

Kuasa Otak
Otak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding anggota-anggota badan yang lain. Untuk keperluan itu ia menggunakan 1/5 atau 20% daripada setiap makanan yang kita makan. Bukan itu sahaja, isyarat yang dihantar ke otak kita juga sangat laju iaitu lebih laju dari kereta lumba F1. Kelajuannya? Lebih kurang 400km sejam.

Asal Spaghetti
Anda mungkin menyangka spaghetti berasal dari Itali. Sangkaan itu salah. Makanan ini sebenarnya berasal dari China. Di China ia dinamakan lo mein. Ia mula dikesan muncul di China kira-kira 850 tahun dahulu. makanan ini kemudian dibawa balik ke Eropah oleh pengembara-pengembara itali dan diberi nama baru, spaghetti. Bermula dari situlah ia berkembang menjadi makanan yang digemari di barat.

Asal Perkataan Kicap
Kita mungkin menyangka perkataan'kicap' dipinjam dari perkataan Inggeris 'ketchup'. Sebenarnmya tiadk. Kicap adalah perkataan bahasa Melayu. Ia dipinjam oleh orang Inggeris lalu diubah menjadi 'ketchup'. Banyak lagi perkataan-perkataan asing yang dipinjamkan dan digunakan dalam Bahasa Inggeris. Antara perkataan2 itu ialah 'mosquito' (Sepanyol), 'tea'(China), 'sugar'(Arab), 'shampoo'(Hindi), 'ski' (Norway) dan 'robot'(Czech).

Kota Yang Sesak.
Banyak orang menyangka, Tokyo merupakan bandar yang paling ramai penduduk di dunia. Sangkaan itu meleset. Tempat itu kini diduduki oleh Mumbai dengan penduduknya berjumlah lebih 13 juta orang. Berada ditempat kedua ialah Karachi (11.6 juta), diikuti oleh New Delhi (11.5 juta orang). Tokyo kini berada di tempat ke 12, dibelakang Jakarta.

Happy Birthday To You
Hampir semua orang menyambut hari jadi menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi'. Lagu ini diubahsuai daripada 'Happy Birthday To You'. Lagu tersebut dicipta pada tahun 1983 oleh dua orang gadis adik-beradik yang bernama Mildred dan Patty Hill. Judul asalnya ialah 'Good Morning To Yopu'. Pada mulanya tiada siapa memperdulikan lagu itu. Tetapi selepas lirik 'Good morning To You' ditukar menjadi 'Happy Birthday To You' lagu itu terus popular.

dipetik dari buku: 1001 fata tentang manusia


4 Komen:

Ismail N said...

Salam Kenal.
Nice info. No wonder saya rasa lain aje bila my daughter nyanyi lagu "Good Morning To You". Saya ingat depa guna melody lagu Happy Birthday utk create lagu tu. Rupanya verse versa.

Ismail N
(http://passionateaboutblogging.com/)

Tirana said...

Rajin Ros buat research..hehehe..anyway thanks for sharing...Tak boleh bayangkan pakaian berharga RM68 juta..Nak pakai pun takut..takut kena kidnap..hehehe

Aishah Hashim said...

hi kak ros, thanks for the info.. banyak yg diketahui kat entri nih.. hehe bagus utk pengetahuan am.. hehe.. sharing is caring..

widydib said...

good info lah kak ros...