Wednesday, November 26, 2008

Mutiara Kata Hikmah

Orang yang berilmu itu akan selalu berdoa; Ya Allah, kayakanlah aku dengan kekayaan ilmu, hiasilah aku dengan perhiasan sopan santun, muliakanlah aku dengan kemuliaan taqwa, dan cantikkanlah aku dengan kesihatan yang sempurna.

Ketahuilah! Bagaimanapun kita merasakan panjangnya malam hari, pasti esok fajar akan tiba. Begitu pula bagaimanapun panjangnya umur manusia, pasti kematian akan menjemputnya.

Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan, dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.

Katakanlah musuh anda dengan perkataan yang lemah lembut, kerana perkataan yang lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. kemarahan dan kekasaran tidak akan membawa kepada kemenangan.

Merangkak tetapi sampai, lebih baik dari berlari tetapi putus jalan.

Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa yang selalu tinggal di belakang.

Orang yang bersalah itu ibarat kayu besar yang akarnya akan putus-putus dimakan ulat, hanya menunggu saat tumbangnya, walaupun batangnya kelihatan masih kukuh.

Hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana permusuhan, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang pengaruh kerana lemah.

Mutiara kata ini dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Teladan dan Mutiara Kata jilid 3


2 Komen:

pink_butterfly said...

e'ehhh, nama blog kta sama laaa...hihii~

Anonymous said...

tu lah pasal...leh la selau link erk...nanti akak follow ok..