skip to main |
skip to sidebar
Fatin sejak makin membesar ni, makin kurang gambar yang dapat dirakamkan..dia sekarang tak suka bergambar..tiap kali mama nak amik gambar ja..mula la, tutup muka la, lari la..ish..kecik2 dulu pantang nampak kamera, nak sengeh jer..sekarang ni dah terbalik..nampak ja kamera.. terus lari.. takut mama amik gambar dia. kalau rakan2 bloger perasan, ros sekarang ni seminggu pun susah nak update entry, bukannya apa, dah gambar fatin pun berkurang, mama pun kurang la mood nak berceloteh kat sini..kalau banyak gambar leh la cite gelagat2 dia yg memang sentiasa menghiburkan kami sekeluarga.. Fatin dah petah bercakap walaupun kadang2 tak bape nak paham apa yang dia cakapkan..Ros pun dah mula ajarkan dia untuk ke tandas, tak perlu lagi pakai pampers, pakai waktu tidur malam jer.. minggu pertama n kedua tu, ros akan bawa dia ke bilik air 2 atau 3 jam sekali.wpun fatin tak mau sampai kena dukung, tetap kena bawa juga.. sebab nak bagi biasakan dia dengan bilik air.. kadang2 dia tak mau buang air pun, bila dah siap pakai seluar, hah..dia kencing pulak...kebanyakannya buang air lam seluar.. dia tak pandai nak habaq lagi, kalau habaq pun dah buang air baru nak habaq..tapi tak per..mama sabar jer.. Alhamdulillah, berkat kesabaran n kerajinan mama untuk bawa fatin ke bilik air, akhirnya sekarang ni fatin dah pandai nak habaq dah nak bung air.. tapi mama kena cepat2 terus bawa ke bilik air, tak leh tangguh2..kalau dok tunggu2, erm..alamatnya basah habis la lantai tu.. kira cepat jugalah fatin belajar, sebabnya mama leh ajar bila mama cuti ja, tapi dah fatin dok ngan tok, tok pun ajarkan jugak, tapi tak hari2 la..kalau tok rasa tak bape sihat tok pakaikan pampers ja.. tak yah ulang alik nak g tandas nak kena mop lantai nanti...ok..ni ada gambar2 fatin yang tak mahu gambarnya diambil..tgklah..susahnya nak ambil gambar dia..tgk tu..dgn senduk pun jadilah..janji leh tutup muka.. anak mama..pengarang jantung hatiku..love u so much..ummmmmmmmmmmuah...
" TIP KEIBUBAPAAN”
Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan Peringkat bayi:
- Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
- Sentiasa bertenang.
- Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
- Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
- Memberi anak anda susu ibu.
- Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan.
- Selalu membaca untuknya.
Peringkat Kanak-kanak - Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
- Selalu membaca bersamanya.
- Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’
- Amalkan disiplin secara konsisten.
- Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.
Peringkat Remaja:
- Teruskan bergambar bersama anak anda.
- Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
- Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
- Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.
- Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
- Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.
sumber : kementerian, pembangunan keluarga dan komuniti