Thursday, February 26, 2009

Cerita Tentang Cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.
Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta…
Cinta
tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta
itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’.

Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah jika cinta dibawa tersalah arah.

copy paste jer..bukan idea sendiri la...

Saturday, February 21, 2009

Semalam..

Semalam cuti..Ayang lak ada lawan bola kat tempat keja dia IPSAH, so, Ayang ajak ikut sekali leh wak fatin main2 kat taman permainan kat sebelah padang bola tu..Fatin seronok leh main tapi aku yang letih, maklumlah kecik lagi..kannya pandai nak naik sendiri lagi semuanya nak kena tolong pegangkan..tak pe untuk anak mama, mama tak kisah..tambah seronok bila banyak budak2, kebanyakannya anak pensyarah la.. fatin apalagi dapat kawan la....abah dah abih main bola dia masih tak mau balik.. sampai semua orang dah balik baru la nak balik..erm.. anak mama ni memang pandai berkawan..lepas tu Ayang ajak pi makan kat "Hot Mas", kami tak pernah makan kat situ lagi, tapi kawan2 Ayang kata kat situ sedap dan banyak pula tu tak sesetengah tempat yang hidangannya ciput je..sampai sana memang ramai.. tempat memang class.. cantik.. cantik dari segi design dan hidangannyanya juga..kami order Chicken Chop.. aku order air bandung, ayang order milo panas, sampai hidangan, memang betul banyaknya.. tak sama macam yang kami makan kat restoren kat Sungai Kob tu, sikit jer..n sedap gak.. last2 tak terabih pun sebab dah kenyang, Ayang pun kata kalau tau tadi kita order satu jer la..Ayang bayar bil... semuanya RM18.60.. balik rumah sampai pukul 9.45 malam.. sempat gak tengok raja lawak... semalam kumpulan Chot ngan Am kuar.. memang patut pun...he.he..jgn marah yer peminat2 chot ngan Am.. aku tetap sokong LNJ dan Jihan..minggu depan harap2 amir kuar.. he..he..jahatnya aku.. sembang2 sedar2 dah kul 12.30 dah.. jom masuk tidur....

Tuesday, February 17, 2009

Rahsia Wanita Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Saturday, February 14, 2009

Sampai Hati Isteri..

Artikel ini benar2 menyentuh hatiku..betapa manusia kini terlalu taksub dan sanggup buat begitu kepada suami sendiri.. petikan dari Harian Metro 14 feb 2009.

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.

Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.

Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.

Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.

Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya

Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.

Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.

Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.

“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.

Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.

Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.

Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.

Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.

Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.

“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan.

“Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.

Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.

Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.

Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.

“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.

Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.

“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.

“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.

Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.

Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.

Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.

“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah.

“Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya.

Thursday, February 12, 2009

Fatin Selsema Lagi..

Rasa cam lama lak tak masukkan entry lam blog..sibuk ngan keje n ngan fatin yang dah 3 4 hari dah selsema, batuk ngan mata yang dok berair.. dah la susah nak bagi makan ubat..bila suap je dia luahkan balik..menguji kesabaran betul..perangai pun makin menjadi la..asyik nak meragam ja. nak p keja pun susah sebabnya ngamuk nak ikut..puas pujuk tak jalan gak..last2 tok wak ronda naik moto ok la.. erm..sayang mama ni dah besar, dah cerdik dah, dah tahu nak kena tinggal.. saaaaaayang fatin... penyeri hidup mama dan abah.. sejak kehadiranmu dalam hidupku tak pernah lagi rasa kesunyian.. buah hati mama..



Saturday, February 7, 2009

Kad dan Award

Ni kad dari ct as yang sentiasa low profil..he..he..jgn marah yer kak..lambat tempek lam blog.. sibuk sikit 2 3 hari ni...cantik kad ni..thanks a lot..

Ni plak dari Kak Tirana yang sentiasa sibuk tapi masih sudi luangkan masa jenguk2 di blog ros yang tak berapa ni...tima kasih banyak yer kak...

Tuesday, February 3, 2009

Tag dari Ayu (Ibu Amjad)

**RULES***
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
***END***

What were you doing 5 years ago?
tengah study lagi..kat UUM semester 3 ngan 4.. aku bertunang tahun 2004 gak..04.04.2004

What were the 5 things on your list today?
1. Buat statistik bulanan
2. Balik keje sat g nak p pasar malam
3. Tengok Ku Milikmu..kul 9.00mlm..
4. Tidurkan fatin..
5. Tidur..

What are 5 snacks that you enjoy?
1. Kerepek..terutama kerepek ubi yang pedas tu..
2. Coklat
3. Agar-agar
4. Aiskrim
5.Jeruk..snack ke? hentam jelah..

What are 5 jobs you've had?
1. Kilang
2.Kerani syarikat pembinaan (2 hari jer..pas tu blah cam tu jer..)
3. Mengasuh anak buah..
4. keje sekarang la..pembantu perpustakaan
5. tgh aply yang lain gak...coming soon..

5 people you want to tag
1. Tera
2. Seroja
3. ct as
4. Sis Lin
5. ummihakim bread