Thursday, December 11, 2008

Bayi : Demam Panas

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.Sebab-sebab berlakunya demam (fever):

  • Jangkitan kuman bakteria atau virus.
  • Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.
  • Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
  • Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.
  • Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.
  • Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.
  • Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.
  • Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang diberikan bergantung kepada keadaan. Antara ubat yang selalu diberikan dalam masalah ini ialah:

  • antibiotik untuk membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk.
  • paracetamol seperti panadol syrup dsb. Ia digunakan untuk mengurangkan demam dan juga rasa-rasa sakit badan yang dialami. Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil supp. atau nama penuhnya suppository) digunakan. Antara persediaan yang ada di pasaran ialah paracetamol supp. dan voltaren supp (mengandungi bahan diclofenac sodium).Penggunaan aspirin atau methylsalicylate TIDAK dibenarkan.
  • selain paracetamol, ubat yang lebih kuat seperti ibuprofen boleh juga digunakan untuk bayi berusia enam bulan ke atas.
  • decongestant iaitu ubat titis yang digunakan untuk merawat hidung yang tersumbat.
  • ORS iaitu oral rehaydration salt dalam bentuk serbuk yang dimasukkan ke dalam air dan diberi minum. ORS mengandungi bahan-bahan mineral untuk menggantikan cecair badan yang hilang akibat peluh dan cirit-birit.

Petikan dari www.anispharmacy.com

3 Komen:

Nurmala Mazlan said...

good info!!

Suzi said...

thanks utk onfo ni...
risau betul kalau ank demam panas kan...?

Aishah Hashim said...

very good info.. anak ecah pnah skali demam teruk sampai biru-biru menangis masa baby dulu.. maklumlah ecah pun first time ade baby xbrape tahu sgt in still dalam pantang 2 bln.. alhamdulillah lepas ni ecah akan lebih berjaga-jaga kalo ade simptom² demam panas nih..