Tuesday, January 13, 2009

Family First..

"RENUNGKANLAH"

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"

Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci","

Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,i bu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

sekadar memanjangkan email dari seorang rakan.. begitu menyentuh hati.. ada kebenarannya.. sama-samalah kita fikirkan..

2 Komen:

Unknown said...

ooo,tq pasal baca blog irda yek..pasal london weight mgmt,skrang pun irda amik lagi.Tak abis lagi.Kira ok ler..Turun mmg turun,tp depend pada kita ler mcm mana nak control.Dia tak leh bayar ansuran.Kna bayar full payment.Pastu kena beli coffee lagi klu nak lagi cepat.Sekotak cofee t dekat RM250 gak.Irda amik course RM5k.PAstu skrang nie irda tambah lagi course 3k..huhuhuhu..Hasilnya ok ler,dlm 3 5 bulan,irda dah ilang dekat 8kg.

eriey said...

ye la...time2 tu kita x perasan yg kita terkasar bahasa..kecik ati diorang..padahal ati kuargala plg penting nk kn jaga.