Saturday, January 3, 2009

Tag Dari Tera..

Tag ni dari Tera yang memang suka mendera ni...tapi tak pe..ros ni dengan besar hati menerima dan menjawab tag ni sebaik yang boleh...dan tag ni ada peraturannya plak...

Peraturan untuk menerima award ini ia
lah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Ros untuk mendapatkan award anda".


Berikut ini adalah 10 fakta tentang ros:
  1. Bercinta selama 7 tahun sebelum ke jinjang pelamin iaitu dari tahun 1999 (form 5) hingga 2006. Lambat kawin sebab tunggu ros abih belajar dulu.
  2. Anak bongsu dari 6 adik beradik tapi bukan anak manja tau..
  3. Dari kecik memang rapat ngan bapak, tetapi bapak pergi dulu ketika umur ros 12 tahun.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
  4. Bila tiba time malas, satu benda pun aku tak mau buat tapi bila tiba time rajin habis semua keje aku nak buat..
  5. Tahun 2009 ni azam nak turunkankan berat badan yang dah berkilo2 ni..
  6. Ros memang sukakan binatang terutama kucing, hubby pun sama tapi buat masa ni tak leh nak bela lagi sebab fatin kecik lagi..takut dicekik2nya pulak..nanti fatin besar skit..nak bela balik la..
  7. Suka warna hijau, biru, merah dan hitam
  8. Suka membaca terutama novel, ilmu keibubapaan dan majalah keluarga
  9. Mudah tersentuh terutama kisah kanak2 yg terdera, dan mcm2 lagi..minta dijauhkan dari anak kita..dan mudah terpengaruh..bila org mai jual apa2 mudah sgt hati nak beli..nasib la duit x da sgt..kalau tidak..erm..
  10. Suka tengok cerita seram, suspen, action..bak kata yang menggegarkan jantung la..
Mangsa yang ros nak tag seterusnya ialah:
1. Puteri Ezza
2.Ct as
3. lady D
4.Ecah
5.Suzi

cukuplah lima yer..dan sapa2 yang berminat nak jawab tag ni...give comment dulu ok..

1 Komen:

Anonymous said...

best lak jawab tag...

memang kalau jodoh kuat... 7 tahun pun dapat gak sampai jinjang pelamin kan.

salam perkenalan dari saya