Friday, January 2, 2009

Tip mendidik Anak Cepat Membaca

Info ni ros dapat dari forum mesra.net. Rasa tertarik dengan kaedah ni, so letakkan dalam blog ni leh kongsi ngan yang lain. Ros ni bukanlah pakar dalam bidang penulisan tentang anak2 tapi suka membaca dan menambahkan pengetahuan tentang keibubapaan. Oleh itu dari sehari ke sehari ros akan sentiasa updatekan blog ni ngan informasi keibubapaan untuk rujukan ros dan pengunjung blog ni.

Merangsang Minda Melalui Aktiviti Fizikal

Latihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak.

Aktiviti seperti
melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam memben
tuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria. Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya.

Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous
). Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) disarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya.

Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan
. Melakukan jalan pint
as seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.

5 Komen:

Suzi said...

terima kasih ros... :)

Nurmala said...

wah...bg tips lagi..kita kena belajard ari awal nih

ct_as said...

tip yg bagus la ros..

Joaquin said...

thanks
tips yg bagus...
pinjam artikel yer...

ZAUYAH said...

tip yg amat bergune untuk my first baby.. tqqqqqqqqq