Wednesday, August 19, 2009

Contest Jom Main air Bersama..


Contest jom main air bersama ni datangnya dari kak yong. Pertama kali nak try masuk contest.. lagipun setelah diteliti syarat2nya mencukupi..maka nak cubalah juga.. mana tau rezeki kan... lagipun fatin memang suka main air..

ok..ni gambar yang dipertaruhkan dalam contest ni...

Nama Anak : fatin Nuradila binti Sharizam
Nama Mama : Rosmawati binti Saman
Nama Abah : Sharizam bin Bidi
Tarikh Lahir Fatin : 20 Ogos 2007 (esok genaplah fatin 2 tahun)

Cerita pasal gambar ni..masa ni fatin umur dalam setahun leb
ih kot..gambar dah agak lama.. sejak kebelangan ni jarang wak fatin g mandi manda..maklumlah musim hujan2 ni...takut juga la.. fatin memang suka main air tapi yang peliknya masa kecik dulu sampai dekat 3 bulan gak takut ngan air..bukan setakat nak mandi..baru buka baju ja dah nangis.. sekarang ni..pantang kalau tgk air..nak ajak mandi ja...kalau lalu kot sungai ka..mesti ajak "mama nak mandi..." gambar ni masa kami pergi mandi manda kat lata Tebing Tinggi.. airnya memang sejuk sangat..
fatin punya seronok sampai tak mau naik dari air.. kaki dah biru2 dah, dah kecut..masih nak berendam lagi...tgk tu..siap pakai gaju renang kaler pink lagi..abah pun ajar la fatin berenang.. bukan main seronok lagi dia.. mama tak berani nak dukung lama2 dalam air..takut terlepas.. jadi abah lah sentiasa disisi.

Tips2 untuk menarik minat si kecil bermain air:

1. Sediakan mainan seperti itik getah

2. Mandi bersamanya..

3. Buat air terjun..guna paip getah


4. Selalu bawa anak mandi di luar seperti lata, waterfall, kolam..

5. Jadikan aktiviti mandi itu sesuatu yang menyeronokkan..(selalunya ros akan letak besen besar n masukkkan bayak buih sabun, fatin sukakan buih
sabun..barulah dia berani nak kenakan air dibadan dia..)

Tips2 untuk keselamatan ketika anak bermain air:

1. Jangan tinggalkan anak berseorangan ketika mandi walaupun sekejap..tak kira la dirumah apatah lagi di tempat2 mandi awam mcm lata @ jeram, waterfall dan seumpama dengannya

2. Pastikan lantai bilik air tidak licin..

3. Jika mandi di kolam atau seumpanya, sentiasa pegang anak dan mandi di kawasan yang cetek..

4. untuk lebih selamat gunalah pelampung..

4. Bila nampak anak dah menggeletar kesejukan, segeralah bawa anak keluar dari air..takut demam pulak nanti...

Hadiah-hadiah ditaja oleh :


5 Komen:

Unknown said...

Ross,
kakyong dah Upkan foto..
nanti tunggu penilaian juri ya...

hehehhe.. mcm best jer fatin berenang tu...

rossizam said...

ok..tq kak yong

Nadiah Sidek said...

sy dtg utk menilai – salah sorg juri contest . nnt sy dtg lg ye. good luck anyway! :)

rossizam said...

ok..tq kak nadiah sidek

rossizam said...

ok..tq kak nadiah sidek