1. Hilangkan Daki Di Leher Baju
Sapukan syampu rambut pada leher baju yang kotor, biarkan seketika dan berus seperti biasa hingga hilang daki2 yang melekat. Setelah itu bilas seperti biasa.
2. Pulihkan Bulu Permaidani
Bagi mengembalikan bulu permaidani yang tertindih oleh perabot, gunakan ketulan ais. Biar ketul ais itu cair pada tempat yang tertindih itu. Bulu permaindani itu akan dipenuhi air dan ia akan mengembalikan kesegarannya. Kemudian beruskan supaya bulunya menjadi segar semula.
3. Hilangkan Kesan Hangus di Periuk
Kesan hangus di periuk memang sukar untk dihilangkan. Cara mudah dan tidak memenatkan ialah dengan memasukkan serbuk penaik dan sedikit air kedalam periuk tadi. Biarkan beberapa jam dan cucilah seperti biasa.
4. Mencuci Tapak Seterika
Menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.
5. Petua Memutihkan Nasi
Ada sesetengah beras bila dimasak menjadi perang warnanya. Untuk memutihkan warna nasi tersebut, bolehlah anda masukkan 1 camca teh air limau nipis pada setiap 1 tin beras, bila anda memasaknya. Nasi anda akan bewarna putih dan menyelerakan apabila ia telah masak.
6. Menghalau Tikus Di dapur
Untuk mengatasinya, ambillah daun durian belanda. Letakkan pada dapur atau tempat simpanan makan anda atau pada bendul yang terdapat di dapur. Cara ini akan membuat tikus segera lari.
7. Mengembalikan Cahaya Gelas
Petua yang berkesan untuk mengembalikan cahaya anda ialah dengan membilasnya dengan air nila setelah dibesihkan dengan sabun. Bancuh air nila (jangan terlalu pekat) seperti anda hendak menila kain putih kemudian bilas kain anda. selepas itu tiarapkan di atas kain yang bersih. dengan car ini gelas anda akan kembali bercahaya.
Ini je lah yang sempat ros taipkan.. selebihnya.. kena beli buku ni lah yer..
leh simpan untuk kegunaan sehari-hari... selain itu terdapat info2 lain tentang wanita.
Antara isi kandungannya ialah:
1. wanita dan Air
2. Pengubatan Sederhana Dirumah
3.wanita dan kehamilan
4. Masalah dalaman wanita
5. Masalah dari Rahim wanita
6. Jangkitan Pada Faraj
7. Bentuk Tubuh Singkap rahsia Peribadi Wanita
8. Kesihatan Dan oermasalahan ibu hamil
9. Rahsia Pengantin Kekal Lama
10. masalah Kegemukan
11. menjaga kulit Muka
dan banyak lagi la..
ni rupa muka depan buku tu..
p/s: bacalah..rugi kalau tak baca..kalau tak mau beli leh pinjam dimana2 Perpustakaan Desa PNM..Perpustakaan desa ni ada di setiap negeri di seluruh malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang perpustakaan desa PNM ni leh ke laman web ni...klik sini
0 Komen:
Post a Comment