Saturday, November 29, 2008

Dadih lagi..


Disebabkan hari tu tak sempat nak letakkan resepi nak
buat dadih ..so hari ni aku nak tulis resepinya...resepi asal aku cedok dari internet dan kwn2 tapi aku telah tmbh sukatannya..sbb nak bg tak lembek sgt tak keras sgt..

Bahan-bahannya: Bahan A
agar2 sepeket RM1.00 atau yg 12gm..
3 liter air

Bahan B
Susu tin pekat saiz tinggi amik 1/2 tin jer..
1 cawan susu tepung( aku selalu guna susu tepung everyday)

1 cawan gula
3 cawan air (air yg telah dimasak)


Bahan C
Nata Decoco
secubit garam


Cara2 membuatnya.
1. Didihkan air 3 liter. Sementara tunggu air masak rendam agar2 dulu..bg dia lembut skit..
2. Bila air dah mdidih masukkan agar2..
3. Sementara agar2 nak hancur amik bhn B masukkan dlm satu bekas kacau sebati..
4. Bila agar2 dah hancur masukkan bhn B tadi.
5. Kacau bg larut semunya masukkan sedikit garam nak bagi rasa lemak..
6. Pas tu tutup api. tak perlu lama2 susu sbb susu tadi dah bancuh ngan air masak dah..

7. Pas
tu leh la letakkan perasa ape yg korang suka..kalau nak byk2 kaler asinglah dlm bekas lain dulu baru masukkan perasanya.
8. Pas tu baru tapis dan tuang lam bekas2 kecil tu..nak sedap tambahla nata decoco.
9. Bagi suam sikit baru masukkan lam peti sejuk..tak elok utk peti sejuk kalau masukkan benda panas2.
10. Dah sejuk leh la ngap..yum..yum...


Friday, November 28, 2008

Savvy..

Ni la keta aku dok ulang alik p keje...dah 2 tahun pun usianya...masa nak beli hari tu..memang dah tau keta ni jimat minyak skit..tapi masa minyak mahal dulu..kena banyak jugak la..la ni minyak dah turun, ok lah sikit...tima kasih ketaku yang sentiasa aku bawa kemana-mana.. walaupun kecil tetapi banyak berjasa...

Pandangan hadapan..

Pandangan sisi...

Pandangan belakang..


Tak lupa jugak...


Ni anak beranak yang nak tumpang glamor..nak senyum cam tak nak jer...

Wednesday, November 26, 2008

Mutiara Kata Hikmah

Orang yang berilmu itu akan selalu berdoa; Ya Allah, kayakanlah aku dengan kekayaan ilmu, hiasilah aku dengan perhiasan sopan santun, muliakanlah aku dengan kemuliaan taqwa, dan cantikkanlah aku dengan kesihatan yang sempurna.

Ketahuilah! Bagaimanapun kita merasakan panjangnya malam hari, pasti esok fajar akan tiba. Begitu pula bagaimanapun panjangnya umur manusia, pasti kematian akan menjemputnya.

Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan, dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.

Katakanlah musuh anda dengan perkataan yang lemah lembut, kerana perkataan yang lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. kemarahan dan kekasaran tidak akan membawa kepada kemenangan.

Merangkak tetapi sampai, lebih baik dari berlari tetapi putus jalan.

Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa yang selalu tinggal di belakang.

Orang yang bersalah itu ibarat kayu besar yang akarnya akan putus-putus dimakan ulat, hanya menunggu saat tumbangnya, walaupun batangnya kelihatan masih kukuh.

Hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana permusuhan, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang pengaruh kerana lemah.

Mutiara kata ini dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Teladan dan Mutiara Kata jilid 3


Tuesday, November 25, 2008

Tip Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sama-samalah kita perbaiki diri...

sumber: swakarya.com


Dadih....

Seperti yang dijanjikan selasa aku mula ke blog semula tapi sayangnya gambar tak sempat nak amik pun..fatin demam..meragam jer..kat abah dia pun tak mau..selalunya abah die lah segala-galanya tapi bila demam kat mama die jer nak...tak sampai 10 minit pun aku dok rumah mak lang..dia dah nangis sampai sume org tengok die je...akhirnya aku balik je lah..tak sempat nak makan pun...mujurlah ayang wak balik sepingan nasi kat aku....sempat lah jamah..walaupun tengah meriba fatin...so gambar majlis kenduri tu tak de lah...tapi yang bestnya aku ada buat dadih untuk majlis tu ada la dalam 300 biji untuk tetamu dan rombongan pengantin..punyalah laris...letak tak sampai setengah jam dah habis...wah..free sapa tak nak..he..he...kiranya sapa yang sempat makan tu bertuah ler..lepas tu sambung makan pisang je lah sebagai pencuci mulut..rasa cam best lak..kalau buat niaga tiap kali ada kenduri best ni...kena lak dok sebelah maniam yang jual aiskrim tu..mesti dia jelousnya....kat sini ada gambar dadih yang aku buat tu...sebenarnya aku dah mula buat dadih 2-3 bulan lepas lagi buat meniaga..letak kat kedai2...tapi cuti sekolah ni..bisnes tak jalan la..maklumlah aku letak kat kedai2 yang dekat ngan sekolah jer..budak2 sekolah suke sgat ngan dadih aku ni..(perasan la plak..) jadi aku sempatlah nak buat buah tangan utk kenduri mak lang aku...dengan dibantu oleh kakak2 aku ni..maka siaplah dadih ni....


dengan periuk besar ni dapat lah dalam 150-160 biji...aku buat dua round la...

Memperkenalkan!!!
pembantu2 aku yang giat dalam menyiapkan dadih ni..tima kasih kak , kak syima dan kak mie...tanpa kalian tiadalah dadih ni..

Friday, November 21, 2008

Walimatul Urus



Ha...sesuailah dengan musim cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin yang terpaksa dihadiri. So, besok ros amik cuti, sepupu nak kawin. Sepupu ros bomba kawin ngan nurse..ok la tu..ape2 hal nurse sedia membantu..he..he..(minta dijauhkan perkara buruk) jadinya blog ni tak update dlm 3 hari la..selasa baru keje balik.... nanti kalau sempat amik gmbr..ros publishkan kat sini..maklumlah fatin la ni tgh nakal...mana nak kejar dia lagi nak amik gmbr lagi....bagi yang nak menamatkan zaman solo..ros ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga akhir hayat....ops.. lupa..semoga bahagia selalu dan dapat anak2 yang soleh dan solehah. Amin....


Tag dari Lieya

*Here are the rules*

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

*SEVEN facts about me*
-Terlalu menyayangi my family lebih dari nyawa sendiri
-Suka ketawa
-Suka binatang terutama kucing
-suka senyum
-suka dengar lagu
-tak suka rumah bersepah
-suka mandi lata/ jeram..air sejuk giler...

*SIX unspectacular quirks about me*
-cepat marah cepat sejuk
-takut ngan labah2
-suka berangan
-suka lakonan Shah Rukh Khan dan Rosyam Noor wlpun org kata hero tua
-selalu fikir yang bukan2
-kuat merajuk tapi tak lama..

*SEVEN people to tag*

Sesapa yang tingin nak teruskan tag ni...silakan....

ok tak? yang ni je lah yang mampu dijawab pun..tu pun berpeluh gak ler nak pikir jawapannya...nak taip lagi..susah tul soalannya....

Thursday, November 20, 2008

Penghargaan Tak Ternilai...

Dari Kak Tirana...

cantik la...tima kasih kepada kak tirana yang sudi berkongsi award ni ngan ros walaupun ros ni tidaklah layak nak dapat award ni..maklumlah masih baru lagi...tetapi ini semua akan membuatkan diri ros lebih bersemangat utk terus menigkatkan lagi kualiti blog ni..cewahh...

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Hari Yang Suram...

Hari ni rasa cam tak ceria jer...(walaupun tulisan ni aku dah kaler malerkan untuk menceriakannnya) rasa cam suram, sunyi dan syahdu..nak kata dok sorang2 tak juga..ada user ramai ni tapi hatiku....entahlah.... nak buat cam na? please.....kembalikanlah keceriaan padaku...



aku nak kena nyanyi lah cam ni....wah....baru hilang rasa kesyahduan ni...lagu ape erk!!

Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu


syahdu giler lagi ni...ish..ish..ish...

Berhati-hatilah....

Astaghfarlah kita byk-byk. Entah berapa kilo dah benda-benda ni espsecially buah Lychee tu yg dahkita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalah campur benda-benda haram tu..
Tak tau nak makan apa dah. mcm-mcm lani..makan biscut ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati-hatilah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak-anak.

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include : -

- Canned Meat
- Canned Seafood
- Canned Fruits
- Canned Vegetables
- Seasonings

di atas adalah barang-barang keluaran narcissus.

untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website http://www.halaljakim.gov.my/

..email dari seorang rakan untuk dihebahkan kepada muslimin muslimat


Tuesday, November 18, 2008

TATACARA PEMAKAIAN CINCIN



Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth..

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. .

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.. .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Maklumat tambahan.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali ra. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

Dan jangan memakai pada jari:-

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Tag..Oh..Tag...

Tag dari Kak Tirana..walaupun jawapan kadang-kadang tak kena ngan soalan..tapi kira ok lah tu yer...ikhlas dari sanubari...

Three Things That Scare Me:
1. Allah...
2. Darah..bukan takut tapi rasa nak termuntah kalau byk2...
3. Labah-labah


Three People Who Make Me Laugh:
1. Suami
2. Anak-anak
3. apek..nabil..


Three Things I love:
1. Keluarga
2. Diri sendiri
3. muzik/filem seram


Three Things I Hate:
1. Ambil barang tak letak tempat die balik
2. gelabah...
3. Orang yang sombong..


Three Things I Don't Understand:
1.kadang-kadang bila tengok citer, rasa cam pernah tgk tapi rasenya tak lagi..ntah aku pun tak paham..
2. masa kerja badan rasa letih sgt..rasa nak releks jer..tapi bila smpi rumah tak letih lak..siap leh gegas2 masuk dapur lagi..
3. Ntah..tak paham lah..


Three Things I'm Doing Right Now:
1. menjawab tag ini
2. menaip...
3. baca blog orang...


Three Things I Want To Do Before I Die:
1. kalau leh nak la fatin besar dulu..sian lak kat de.. kalu kecik lagi dah x de mak...
2.mengubah suai rumah mak..
3.menunaikan haji


Three things I can do:
1. Membaca...
2. Memasak...
3. menyanyi..(dlm bilik air je lah...)

Three Ways To Describe My Personality:
1. Mudah ketawa
2. Peramah
3. Setia

Three Things I Can't Do:
1. Menjahit Langsir..(dlm proses belajar la ni)
2. Berenang...
3. Merajuk lama2....selalunya sekerat hari jer..pas tu ok balik lah...


Three Person I want to Tag:-
(itupun kalau diorang tak pernah buat lagi tag ini..kalau dah pernah buat, tak payah susah-susahkan diri)

1. Kak Aziah
2. Kak Nisha
3. Lieya Shayunk

Kad dari Kak Tirana...

Pertama kali dapat kad...syok nyer..walaupun baru dalam dunia blog rasa dihargai....tima kasih akak..semoga persahabatan ini berkekalan..amin...


Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Saturday, November 15, 2008

Fist Tag...

Ini adalah fist tag yang aku dapat dari kak azie dan kak nisha...

"workstation" ataupun tempat aku menghabiskan masa hari-hari..



http://rossizam.blogspot.com

akulah penunggu setia kaunter ni...silalah masuk....jgn malu2...


snap work station anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang aku buat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa"
aku tak tau nak pass kat sapa tag ni...so, sape2 yang rajin leh la buat...

Friday, November 14, 2008

Belajar Sambil Baring..

Bila baca cerita bab ni..baru betul dikatakan "nak seribu daya tak nak seribu dalih".. walaupun cacat adik kite ni tetap dapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ni..ini membuat aku terpikir...kita yang sempuna fizikal ni kenalah usaha lebih....x de alasan...tau..
selanjutnya
klik la sini....

Bersyukurlah Apa Yang Kita Ada Hari Ini...

Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini...

If you think you are unhappy, look at them

If you think your salary is low, how about her?

If you think you don't have many friends...


When you feel like giving up, think of this man


If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system, how about them?

If your society is unfair to you, how about her?


Enjoy life how it is and as it comes

Things are worse for others and is a lot better for us

There are many things in your life that will catch your eye
but only a few will catch your heart....pursue those...

Are you stiil complaining?

Observe around you and be thankful for all that you have in this transitory lifetime..

Let us complain less and give more !!


Thursday, November 13, 2008

Pulau Pendidikan, Tasik Banding, Gerik

Ni sebenarnya gambar dah lama..masa suami ros pi kursus..ada la dalam 2-3 bulan lepas..tapi saje nak letakkan juga dalam blog ni.... buat tatapan pengunjung blog ni..terutama yang tak pernah lagi pergi Pulau Pendidikan,Tasik Banding,Gerik. Pulau Pendidikan Tasik Banding mungkin ada yang pernah pergi tapi Pulau Pendidikan ni untuk yang bekerja ngan Kementerian Pelajaran jer...atau yang melibatkan aktiviti @ program anjuran Kementerian Pelajaran la... Antara gambar2 yang sempat diambil oleh husband ros masa tengah kursus...kan main enjoy lagi die....





Tuesday, November 11, 2008

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan ol eh syaitan selama-lamanya.

Sumber: SyokKahwin.com

Saturday, November 8, 2008

tak sihat...

dah dekat seminggu dah fatin cirit birit....dah p klinik biasa..tak lega jugak..pi klinik pakar kanak-kanak lak...ok skit la..tapi masih cirit birit lagi cuma tak la kerap sangat cam hari tu..sian lak tengok dah susut skit berat badan dia.. mata pun nampak cengkung dah....mujurlah tetap aktif anak mama.... sayang fatin..ummuaah.... ni ada gambar fatin masa tengah2 tak sihat ni....tetap nak naik beskal gak....


nak try kayuh beskal la....pandai ke tu?

tak leh la plak....guna tangan je la...


Filem Kegemaranku...

aku adalah peminat setia citer hindustan terutama kalau ada Kajol dan Shah Rukh Khan...memang tak leh nak miss la...filem paling aku suka tengok walaupun dah banyak kali...Khabhi Khushi Khabhi Gham... best giler...siap nangis lagi....
aktiviti hujung minggu....

esok cuti, rasanya nak buat kek la plak...tapi tak pernah buat lagi sebelum ni bila lagi nak try.... anak-anak buah pun ramai yang balik kampung minggu ni...maklumlah aku duduk sekali ngan mak..bila hujung minggu jer..riuh rendah la bila kakak dan abg2 aku balik...fatin la paling seronok...dapat kawan lah katakan...leh gak tunjuk bakat ni..tapi kalau tak jadi nasib la..
resepi pun ikut yang ada lam buku ngan internet jer... rasenya nak buat kek coklat kukus jer..senang skit tak yah bakar....

wajah kesayanganku..