Friday, January 9, 2009

Apam Mentega

Semalam cuti, saje amik cuti nak spend time kat fatin sebab fatin tak berape sihat 2 3 hari ni. Sambil2 tu, saja nak cuba resepi yang mudah dan sedap ni dari blog suzi.. jadi gak le..walaupun ros ni boleh dikategorikan orang yang payah sangat nak buat kuih muih ni.. kalau masak lauk pauk ok lah tapi bab kuih muih ni malas skit la.. tambahan pula bahan2nya pun dah memang dok ada so try je lah.. tapi tak berape nak naik sgt sebab kurang soda bikarbonate kot.. entahlah.. mentega pun sikit je, tgk balance yg dalam peti jer..tapi tetap laku, licin..he..he.. ni lah bahan2nya ros copy paste dari blog suzi jer..tima kasih yer kak atas resepi ini..

Fatin pun tak ketinggalan nak cuba resepi yang mama buat...

Bahan-bahan

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
tengok..walaupun kuihnya tak cantik, tetap licin..tak tahula plak, kot2 masing2 tgh lapar, maklumlah ptg2 hujan lak tu...

3 Komen:

Suzi said...

tahniah!okaylah tu ros...yg penting habis hihihi...

Nurmala Mazlan said...

kak...
ada org panggil apam ni apam gula hangus kan?

rossizam said...

suzi : betul tu kak..bila dah laku hati jadi suka n semangat nak buat lagi..moga jadi lebih elok dari yg semalam

nurmala : mak kak pun sebut apam gula hangus gak..sama je..