Thursday, April 23, 2009

Sesi menjawab tag

Tag ni datangnya dari Kak Yong..bersemangat jer jawab..maklum la dah lama tak kena tag ni.. tima kasih yer kak Yong...

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Ros ; 2. Kak Ros ; 3. Rosma


MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1. Tarikh lahir sendiri, Ayang & Fatin ; 2. Tarikh nikah & kenduri kahwin ; 3. Tarikh lahir mak


THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

1. Mengemas meja ; 2. Menyusun buku ; 3. Membaca suratkhabar ; 4.bukak blog & membuat entri ini

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. Alat make up ; 2. Telepon bimbit..sebab tepon yg ni dah teruk sgt..asyik kena baling ngan fatin jer..charger dah 2 3 kali tukar..abih fatin tarik.. 3. Majalah dan buku...; 4. Baju kelawar..memang suka buat koleksi baju kelawar..

YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Membaca.. ; 2. Menonton TV ; 3. Berblogging

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

1. Mana2 lata @jeram @ pulau...sebenarnya aku tak suka mandi air laut.. tapi tetap suka pergi, just tengok pemandangan dan tgk fatin ngan Ayaang je la mandi... ; 2. Sunway Lagoon, tingin sangat nak p, tak pernah sampai lagi pun..aku memang suka taman tema..; 3. Mana2 jer janji bersama Ayang ngan Fatin..

FAVORITE DRINKS:

1. Teh o is limau ; 2. air suam ; 3. Carrot susu; 4. Limau ais


THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Tilam..tak pakai katil pun..takut fatin jatuh lak.. ; 2. almari baju ; 3. Penimbang..asyik timbang jer..berat tak turun2 jugak.. ; 4. kipas angin

FAVORITE COLORS:

1. Hijau ; 2. Biru ; 3. Merah ; 4. Hitam

TOP FOUR HANGOUTS:

1. Billion Parit Buntar ; 2. Gerai makan di Selama Perak; 3. Carefour Seberang Jaya ; 4. Mini Market Golden

Persons U LOVE SO MUCH:

1. Ayang ngan Fatin ; 2. Mak dan pak mertua ; 3. Adik-beradik, ipar duai & anak2 sedara ; 4. sedara-mara, kenalan & sahabat handai

"THINGS" SPECIAL TO YOU:

1. Album masa sekolah, kat U, pertunangan, perkahwinan dan gambar fatin; 2. Keta ; 3. Handset sony arecson..sebab beli gaji pertama..tapi dah tak leh pakai dah, dah rosak, tapi still simpan lagi.. ; 4. incin tunang & cincin nikah.. masih pakai lagi... dah p tambah size sebab dah ketat.. ; 5. Surat2 cinta dan barang pemberian Ayang..masih lagi tersimpan elok ..surat dari tahun 1999..

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

Tag ni nak dipanjangkan kepada:

1.Kak Tirana ; 2. Ct as ; 3. Reen ; 4. Sis Lin ; 5. Lieya


REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

Menghargai ingatan seorang kawan & supaya dapat saling kenal lagi..

Wednesday, April 22, 2009

dah pandai tengok tv..

Ni gambar terbaru fatin..saja amik gambar dia tgh tengok tv..fatin dah pandai tengok tv dah. .. terutama kalau tengok cite seram..dia pun mula la ngesot mai dekat mama..buat2 muka takut...

kusyuknya anak mama tengok tv..
tengok tu..sampai terpaksa sengetkan kepala sebab mama lindung adik nak tengok tv..



p/s : gambar tak terang sebab amik waktu malam..pakai kamera handset jer..

Tuesday, April 14, 2009

Award..

Dah lama tak dapat award ni sebenarnya..terima kasih banyak-banyak pada yang sudi beri award di blog rossizam ni..sebenarnya 2 3 menjak ni sibuk skit..so, x sempat nak melawat semua rumah kawan2..harap2 masih ingat ros disini..dan thanks a lot atas award ni..

award dari erriey dan ct as..



Award dari kak Yong

terima kasih daun keladi..lain kali bagilah lagi..he..he..
sorry..yer ct as n eriey tak panjangkan award..

Saturday, April 11, 2009

Tips Motivasi Kerja

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadhilah Kamsah

Jadi renungilah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya....

sumber : email..

Tuesday, April 7, 2009

Darah Campuran..

Ahad baru-baru ni pergi tengok sepupu aku bersalin..baby girl..Nur Fitrah Anisa..kalau tengok betul-betul memang wajahnya lain skit..sebabnya baby girl ni berdarah campuran..sepupu aku kawin dengan orang bangladesh...Abang Ali namanya..sebenarnya banyak yg aku dengar yg tidak elok tentang orang bangladesh ni.. tapi alhamdulillah la.. abang Ali yang aku kenal ni..ok ja.. dan yang paling best kalau p rumah depa mesti dia akan jamu makan nasi....dan semestinya lauk pauk yang dia masak sendiri.. betul la.. org bangladesh ni suka makan daging terutama daging kambing.. dan bagi aku mereka ni memang jenis yang menghormati tetamu..akan layan dengan baik tetamu yg datang ke rumah..x dibenarkan balik selagi tak menjamah apa2...sebenarnya ni anak mereka yang kedua selepas yang pertama telah meninggal dunia ketika dalam kandungan lagi.. see, hidungnya yg terpacak tu...comel sungguh..


Friday, April 3, 2009

Musim Hujan

Sekarang ni kan musim hujan..hari2 balik keja hujan..mujurlah naik keta..kalau naik moto mesti basah lencun..sian kat Ayang..hari2 kena hujan..dah la baru lega demam..dah kena hujan balik.. tu yg 2 3 hari ni x sihat ja.. sekarang ni..masa pagi n tengah hari punyalah panas..bila petang ja.. hujan turun.. tu yg badan mudah tak sihat tu.. Balik kerja kelmarin pun macam tu lah...suasana mendung.. gelap jer.. aku ni kalau gelap2 mula la takut..rasa cam x selamat ja..sempat gak amik gambar..
gelap kan?...jam waktu gambar ni dirakam dah kul 6.40 petang dah..lepas ja aku amik gambar ni..hujan pun turun..tak amik gambar time hujan sebab nak cocentret wak keta..hujan2 jalan licin..so, kepada semua pemandu, pandu keta berhati2 k..

Wednesday, April 1, 2009

Fatin Happy..

Fatin paling suka kalau ke supermaket atau mana2 tempat shoping ada benda alah ni..pantang kalau nampak tak mau gerak mana dah..selagi tak leh naik dia ngamuk la..sebenarnya masa dia kecik2 lagi, masa x leh nak jalan lagi..aku la suka letak lam tu..senang tak yah dukung..suh abah jaga..leh la aku p beli barang..tapi la ni..masalah la plak..sekali naik 50 sen..kadang2 tu sampai 7 8 kali..dia tak mau turun..ha..jawapnya kena dukung masuk keta la..semua org tgk..dia macam tak puas lak naik benda alah ni...siap tukar2 tempat lagi..sat nak duk lam itik sat nak duk lam keta..anak mama ni...

Tengok tu..betapa happynya dia dapat naik benda ni..mama pun happy tengok anak mama happy...