skip to main |
skip to sidebar
Semalam cuti, saje amik cuti nak spend time kat fatin sebab fatin tak berape sihat 2 3 hari ni. Sambil2 tu, saja nak cuba resepi yang mudah dan sedap ni dari blog suzi.. jadi gak le..walaupun ros ni boleh dikategorikan orang yang payah sangat nak buat kuih muih ni.. kalau masak lauk pauk ok lah tapi bab kuih muih ni malas skit la.. tambahan pula bahan2nya pun dah memang dok ada so try je lah.. tapi tak berape nak naik sgt sebab kurang soda bikarbonate kot.. entahlah.. mentega pun sikit je, tgk balance yg dalam peti jer..tapi tetap laku, licin..he..he.. ni lah bahan2nya ros copy paste dari blog suzi jer..tima kasih yer kak atas resepi ini..
Fatin pun tak ketinggalan nak cuba resepi yang mama buat... Bahan-bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:- - 11/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 250 gm mentega
(B) - 1 cawan gula pasir
- 4 biji telur
- 3 cawan tepung gandum ayak besama
- 2 sudu teh soda bikarbonate
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara - Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
- Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
- Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
- Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
- Perap selama 1/2 jam.
- Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
- Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
tengok..walaupun kuihnya tak cantik, tetap licin..tak tahula plak, kot2 masing2 tgh lapar, maklumlah ptg2 hujan lak tu...
Tahun ni ingat nak ada rumah sendiri dah..nak cuba berdikari walaupun nak buat rumah hanya di depan rumah mak..masih lagi leh minta tolong kalau ada ape2 emergency, terutama kalau tengah2 malam fatin nangis, susah hati betul, dok ngan mak leh mak tolong jampikan gak..he.he.. mak ros leh gak la ubat-ubatkan orang, tetapi semua itu atas kehendakNya.. ros tak da duit sangat nak buat besar2, ni pun nak buat pinjaman ni..cuma dapat jimat dari segi tapak jelah.. tanah mak... kalau tidak banyak modal nak beli tanah lagi... cukuplah buat 2 atau 3 bilik tidur dulu, janji keperluan asas semua ada.. ye lah of course nak ada bilik air, dapur, ruang tamu n yg penting bilik tidur la... so, nak minta tolong blogger2 yang tahu pelan2 rumah ke, anggaran kos ke, laman2 web pasal pelan2 yg boleh di design kan ke, apa2 je lah yang kaitan ngan pembinaan rumah ni.. ros ada amik contoh pelan rumah ni, bagi ros cantik gak ler tapi saje nak tanya pendapat pengunjung blog ni lak..cam na..ok tak?

Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."
1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu
3. Astarfirllah :Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk
4. Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
5. Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian
7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah
Tag ni dari Tera yang memang suka mendera ni...tapi tak pe..ros ni dengan besar hati menerima dan menjawab tag ni sebaik yang boleh...dan tag ni ada peraturannya plak...
Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Ros untuk mendapatkan award anda".
Berikut ini adalah 10 fakta tentang ros:- Bercinta selama 7 tahun sebelum ke jinjang pelamin iaitu dari tahun 1999 (form 5) hingga 2006. Lambat kawin sebab tunggu ros abih belajar dulu.
- Anak bongsu dari 6 adik beradik tapi bukan anak manja tau..
- Dari kecik memang rapat ngan bapak, tetapi bapak pergi dulu ketika umur ros 12 tahun.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
- Bila tiba time malas, satu benda pun aku tak mau buat tapi bila tiba time rajin habis semua keje aku nak buat..
- Tahun 2009 ni azam nak turunkankan berat badan yang dah berkilo2 ni..
- Ros memang sukakan binatang terutama kucing, hubby pun sama tapi buat masa ni tak leh nak bela lagi sebab fatin kecik lagi..takut dicekik2nya pulak..nanti fatin besar skit..nak bela balik la..
- Suka warna hijau, biru, merah dan hitam
- Suka membaca terutama novel, ilmu keibubapaan dan majalah keluarga
- Mudah tersentuh terutama kisah kanak2 yg terdera, dan mcm2 lagi..minta dijauhkan dari anak kita..dan mudah terpengaruh..bila org mai jual apa2 mudah sgt hati nak beli..nasib la duit x da sgt..kalau tidak..erm..
- Suka tengok cerita seram, suspen, action..bak kata yang menggegarkan jantung la..
Mangsa yang ros nak tag seterusnya ialah:1. Puteri Ezza2.Ct as3. lady D4.Ecah5.Suzicukuplah lima yer..dan sapa2 yang berminat nak jawab tag ni...give comment dulu ok..
Info ni ros dapat dari forum mesra.net. Rasa tertarik dengan kaedah ni, so letakkan dalam blog ni leh kongsi ngan yang lain. Ros ni bukanlah pakar dalam bidang penulisan tentang anak2 tapi suka membaca dan menambahkan pengetahuan tentang keibubapaan. Oleh itu dari sehari ke sehari ros akan sentiasa updatekan blog ni ngan informasi keibubapaan untuk rujukan ros dan pengunjung blog ni.
Merangsang Minda Melalui Aktiviti FizikalLatihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak.
Aktiviti seperti melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam membentuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria. Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya.
Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous). Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) disarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya.
Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Melakukan jalan pintas seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.