Thursday, January 22, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Ke-3

Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3 Ayang. Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia selalu. hadiah tak ada la Ayang, tak tau nak beli apa..
Ayang: selamat ulangtahun perkahwinan kita Sayang. Ayang harap, Ayang dapat membahagiakan Sayang dan menjadi suami dan abah yang baik pada Sayang dan Fatin.

Sayang : Sayang pun nak ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan, Sayang harap ayang akan setia pada Sayang sorang saja..

Ayang : Sayang pun mesti menjadi isteri yang setia jugak tau..

Sayang : erm..sudah semestinya.. Sayang nak hadiah, tahun pertama Ayang bagi rantai tangan, tahun kedua brooch tahun ni tak da ka, kad pun tak da?
Ayang : Ayang tak beli apa2 la..

Sayang : esok Ayang beli na..

Ayang : ok...

Tuesday, January 20, 2009

Labu oh Labu..

4 hari aku bercuti menu harian dipenuhi ngan labu jer.. sebenarnya sepupu aku ada menanam anak kelapa sawit.. n memang kebiasaanya sementara nak tunggu anak kelapa sawit tu besar cina2 ni akan ambil kesempatan menanam macam2 se perti nanas, labu dan tembikai. Tanah sepupu aku ni depa tanam labu.. dan labu2 ni tak berapa nak menjadi..tahu sajalah cina tu kalau dia nak buah yang besar2 je la..tapi sayangnya buah2 labu ni tak menjadi, kecil molek jer..pas tu dia tak mau amik la... so abang aku ngan mak aku apa lagi setelah diberi keizinan ha...2 guni dibedalnya... tu lah jadinya yang hari2 makan labu tu..

mula2 mak aku buat labu rebus cicah nyok yang telah digaul gula n garam.. sedap.. macam makan ubi kayu ngan nyok tu la.. cuma tukar ngan labu je la..pas tu petang2 buat cucur labu atau aku panggil cokodok labu..sedap siot...lagi sedap dari cokodok pisang tu, serawa labu pun sedap gak..setengah tempat panggil pengat labu.. banyak resepi dari labu ni, buat masak lemak labu, lepat labu, cucur keria, apa2 je lah juadah yang dulunya menggunakan ubi kayu kini digantikan ngan labu.. sedap memang sedap.. tapi aduhh.. sakit badan la makan2 byk2.. sejuk satu badan..kalau org yang dalam pantang atau anak kecik lagi pun tak digalakkan la..tapi memang best la makan labu...n tak sabar2 ni sat g balik keja mak nak masak apa lak labu yer.. tunggu....

Thursday, January 15, 2009

Cuti Lagi..

Jumaat ngan Sabtu ni aku amik cuti lagi.. sebabnya kontrak aku tamat bulan 3 ni. so, cuti tahun aku ada lagi 5 hari..kena perabihkan lah..kalau tak burn cam tu je lah..cuti aku takleh nak sambung2 tahun depan dah.. sebab kontak la katakan.. tapi tak pe lah..tetap ada kemudahan2 yang lain yang turut dinikmati kakitangan kerajaan cuma ada la skit perbezaannya terutama statusku yang bukan tetap ni menyebabkan sukar nak buat pinjaman. Nak tak nak dah dekat 4 tahun dah keja..ok jer...aku happy di sini..ok.. aku nak balik dah..selamat bercuti, selamat berhujung minggu.. minggu depan aku akan masukkan entry baru yer..

Tuesday, January 13, 2009

Family First..

"RENUNGKANLAH"

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"

Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci","

Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,i bu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

sekadar memanjangkan email dari seorang rakan.. begitu menyentuh hati.. ada kebenarannya.. sama-samalah kita fikirkan..

Saturday, January 10, 2009

Boikot Barangan Israel

Setiap hari akhbar2 muka depan pasal israel yang kejam tu.. kita sebagai hamba yang berperasaan melihat dan bersedih diatas kekejaman mereka. dibawah ni senarai barang2 yang kita kena boikot..

tapi sebenarnya banyak barang yahudi ni yang kita guna hari2.. terutama johnson, kotex dan maggi , tu pun senarai barang di atas hanya sebahagian sahaja, ada lagi mcm2..nokia salah satunya... kita kena boikot jugak...habis je botol baby bath tu, beli yg lain je lah..