Wednesday, August 19, 2009

Contest Jom Main air Bersama..


Contest jom main air bersama ni datangnya dari kak yong. Pertama kali nak try masuk contest.. lagipun setelah diteliti syarat2nya mencukupi..maka nak cubalah juga.. mana tau rezeki kan... lagipun fatin memang suka main air..

ok..ni gambar yang dipertaruhkan dalam contest ni...

Nama Anak : fatin Nuradila binti Sharizam
Nama Mama : Rosmawati binti Saman
Nama Abah : Sharizam bin Bidi
Tarikh Lahir Fatin : 20 Ogos 2007 (esok genaplah fatin 2 tahun)

Cerita pasal gambar ni..masa ni fatin umur dalam setahun leb
ih kot..gambar dah agak lama.. sejak kebelangan ni jarang wak fatin g mandi manda..maklumlah musim hujan2 ni...takut juga la.. fatin memang suka main air tapi yang peliknya masa kecik dulu sampai dekat 3 bulan gak takut ngan air..bukan setakat nak mandi..baru buka baju ja dah nangis.. sekarang ni..pantang kalau tgk air..nak ajak mandi ja...kalau lalu kot sungai ka..mesti ajak "mama nak mandi..." gambar ni masa kami pergi mandi manda kat lata Tebing Tinggi.. airnya memang sejuk sangat..
fatin punya seronok sampai tak mau naik dari air.. kaki dah biru2 dah, dah kecut..masih nak berendam lagi...tgk tu..siap pakai gaju renang kaler pink lagi..abah pun ajar la fatin berenang.. bukan main seronok lagi dia.. mama tak berani nak dukung lama2 dalam air..takut terlepas.. jadi abah lah sentiasa disisi.

Tips2 untuk menarik minat si kecil bermain air:

1. Sediakan mainan seperti itik getah

2. Mandi bersamanya..

3. Buat air terjun..guna paip getah


4. Selalu bawa anak mandi di luar seperti lata, waterfall, kolam..

5. Jadikan aktiviti mandi itu sesuatu yang menyeronokkan..(selalunya ros akan letak besen besar n masukkkan bayak buih sabun, fatin sukakan buih
sabun..barulah dia berani nak kenakan air dibadan dia..)

Tips2 untuk keselamatan ketika anak bermain air:

1. Jangan tinggalkan anak berseorangan ketika mandi walaupun sekejap..tak kira la dirumah apatah lagi di tempat2 mandi awam mcm lata @ jeram, waterfall dan seumpama dengannya

2. Pastikan lantai bilik air tidak licin..

3. Jika mandi di kolam atau seumpanya, sentiasa pegang anak dan mandi di kawasan yang cetek..

4. untuk lebih selamat gunalah pelampung..

4. Bila nampak anak dah menggeletar kesejukan, segeralah bawa anak keluar dari air..takut demam pulak nanti...

Hadiah-hadiah ditaja oleh :


Saturday, August 15, 2009

Petua2 dlm Tugas Harian Wanita

Petua-petua ni semuanya terdapat dalam buku " Petua-petua wanita Persoalan & Penyelesaian" ditulis oleh Pn Amina Noor. Banyak info berguna yang boleh dicuba dan diamalkan oleh kaum wanita dalam kehidupan seharian. Disini ros cuma nak masukkan sedikit petua-petua yang terdapat dalam buku ini yang mana petua2 ni perlu di dalam kehidupan sehari-hari.

1. Hilangkan Daki Di Leher Baju
Sapukan syampu rambut pada leher baju yang kotor, biarkan seketika dan berus seperti biasa hingga hilang daki2 yang melekat. Setelah itu bilas seperti biasa.

2. Pulihkan Bulu Permaidani
Bagi mengembalikan bulu permaidani yang tertindih oleh perabot, gunakan ketulan ais. Biar ketul ais itu cair pada tempat yang tertindih itu. Bulu permaindani itu akan dipenuhi air dan ia akan mengembalikan kesegarannya. Kemudian beruskan supaya bulunya menjadi segar semula.

3. Hilangkan Kesan Hangus di Periuk
Kesan hangus di periuk memang sukar untk dihilangkan. Cara mudah dan tidak memenatkan ialah dengan memasukkan serbuk penaik dan sedikit air kedalam periuk tadi. Biarkan beberapa jam dan cucilah seperti biasa.

4. Mencuci Tapak Seterika
Menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.

5. Petua Memutihkan Nasi
Ada sesetengah beras bila dimasak menjadi perang warnanya. Untuk memutihkan warna nasi tersebut, bolehlah anda masukkan 1 camca teh air limau nipis pada setiap 1 tin beras, bila anda memasaknya. Nasi anda akan bewarna putih dan menyelerakan apabila ia telah masak.

6. Menghalau Tikus Di dapur
Untuk mengatasinya, ambillah daun durian belanda. Letakkan pada dapur atau tempat simpanan makan anda atau pada bendul yang terdapat di dapur. Cara ini akan membuat tikus segera lari.

7. Mengembalikan Cahaya Gelas
Petua yang berkesan untuk mengembalikan cahaya anda ialah dengan membilasnya dengan air nila setelah dibesihkan dengan sabun. Bancuh air nila (jangan terlalu pekat) seperti anda hendak menila kain putih kemudian bilas kain anda. selepas itu tiarapkan di atas kain yang bersih. dengan car ini gelas anda akan kembali bercahaya.

Ini je lah yang sempat ros taipkan.. selebihnya.. kena beli buku ni lah yer..
leh simpan untuk kegunaan sehari-hari... selain itu terdapat info2 lain tentang wanita.

Antara isi kandungannya ialah:
1. wanita dan Air
2. Pengubatan Sederhana Dirumah
3.wanita dan kehamilan
4. Masalah dalaman wanita
5. Masalah dari Rahim wanita
6. Jangkitan Pada Faraj
7. Bentuk Tubuh Singkap rahsia Peribadi Wanita
8. Kesihatan Dan oermasalahan ibu hamil
9. Rahsia Pengantin Kekal Lama
10. masalah Kegemukan
11. menjaga kulit Muka
dan banyak lagi la..

ni rupa muka depan buku tu..

p/s: bacalah..rugi kalau tak baca..kalau tak mau beli leh pinjam dimana2 Perpustakaan Desa PNM..Perpustakaan desa ni ada di setiap negeri di seluruh malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang perpustakaan desa PNM ni leh ke laman web ni...klik sini

Wednesday, July 22, 2009

Minat BuKu

Fatin minat sungguh ngan buku..walaupun tak pandai baca buku lagi..tapi awasss....jumpa ja buku, pen ke pensil ke.. mula la nak menconteng.. tapi 1 yang bagus tentang fatin ni..tak pernah nak conteng dinding ke, lain2 tempat yg tidak sepatutnya..jika dia jumpa pensil atau pen dia akan cari buku atau kertas untuk diconteng..pandai sungguh anak mama ni..


Siap ngan gaya lagi..ni kes dok tiru mcm kakak (anak buah) yang bila buat keja sekolah suka sangat meniarap...ni je gambar yang sempat dirakam..fatin la ni susah sangat nak amik gambar dia sebab dia sibuk ja nak pegang kamera..mama tak bagi la..takut jatuh..rosak..yang tu ja mama ada pun...satu lagi yang aku perasan, fatin ni suka guna tangan kiri bila pegang pen..kidalkah dia? ntahla..belum pasti lagi..

Wednesday, July 15, 2009

8C BuaT SuaMi BeNcI IsTeRi

C1.
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
Ros : rasanya tak pernah cabar suami buat mcm ni..gerunnnnn

C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
Ros : memang tak pernah buat pun..

C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
Ros : kadang-kadang tu terlepas cakap jugak..opps..minta maaf cepat-cepat

C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
Ros : he..he..ada gak la waktunya comot..

C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
Ros : Cemburu jugak tapi berpada2..

C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
Ros : mana ada g tempat class2..selalunya gerai kegemaran kami je la..

C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
Ros : adusssss....asyik dok tengok tv anak dah kuar sampai jalan..

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa... Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
Ros : errmmmmm...kalau habaq awal..sempatla nak bersiap..

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..
Ros : Perlu perbaiki diri.....

Tuesday, July 7, 2009

Lebam Sukar Dielak

Baru2 ni ros terbaca tentang lebam yang sukar dielak. Selalunya lebam terjadi disebabkan terjatuh.. budak2 tak sah kalau tak jatuh.. rasa tertarik dan sesuai untuk dikongsi bersama, ros pun ambik keratan ni dah letakkan dalam blog untuk tatapan ibu bapa yang sentiasa ingin yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini...

Sila klik gambar untuk besarkan gambar..

Sumber : Utusan Malaysia, Mega 2 Julai 2009