Saturday, January 31, 2009

Keserasian

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung dengan Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung dengan Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah dengan Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu dengan Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situas

dipetik dari email..

Thursday, January 29, 2009

Batu Feringgi

Cuti tahun baru cina hari tu p jalan2 batu feringgi, wak Fatin mandi laut..sebenarnya tak rancang pun..tiba2 pagi rabu tu kawan Ayang tepon ajak p jalan2, boring katanya kalau jln2 satu family je..tu yg ajak kami..lagipun pak uda ni kawan baik Ayang dari kecik lagi, dah dapat bini n anak pun sama2 girl.. depa kata nak p mana2 pun tak pa,mula2 depa ajak p zoo, kami tak mau la sebab cuti awal muharam hari tu dah pi dah, ingat p jln2 kena angin laut best gak.. dah pakat setuju kami pun p la..naik satu keta ja..kancil depa.. senang sikit..maklumlah penang ni kan selalu ja jem senangla skit..fatin ngan ilmuna la yang best ..kan main lagi..fatin sampai tak mau naik nak main air ja.. jenuh pujuk...lepas dah mandi2 p makan kat padang kota lama..lepas tu fatin ngan ilmuna main kat taman permainan..balik rumah sampai lam kul 10 mlm dah..penat nya..walaupun penat tapi best....dan kami rancang bulan 3 ni nak p Lost Word Of Tambun, Ipoh lak..best ke? tak tau la sebab tak pernah p lagi...

ni la pak uda satu family..ni kat Padang Kota Lama..
ni permandangan kat Batu Feringgi, ramainya..
Fatin ngan Ilmuna yang seronok main air sampai tak mau balik...


Friday, January 23, 2009

Orang Baru

Semalam balik keja siap2 p tgk biras aku (adik ipar Ayang) dah selamat lahirkan baby girl... fatin dapat kawan lagi...ingat sempat sampai awal tapi dah balik keja pun sampai rumah dah dekat kul 7 dah.. lepas magrib p..fatin lak tak da, dia ikut pak cik ngan pak tih dia p jln2, Ayang lak tak leh kalau nak p mana2 tak bawa fatin, so, tepon pak cik dia tanya dok kat mana, pas tu p amik fatin dulu baru p rumah adik mat & Ida kat Kulim. Sampai rumah depa kat kul 9 mlm dah, risau jugak malam2 p tgk baby ni, org2 tua kata takut tertegur ke apa ke.. tapi mujurlah tak da apa2. siap dukung2 lagi.. rasa best lak ada baby kecik ni..tapi kena tunggu tahun depan la..fatin ni suka nak tepuk baby (konon2 dodoikan la tu) takut la jugak.. "Ayang muka cam adik mat la".... "memang la..dah anak dia" dalam hati (he..he.. memang la.. kot2 la muka cam ida ka?) sempat gak snap pic dia..

Thursday, January 22, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Ke-3

Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3 Ayang. Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia selalu. hadiah tak ada la Ayang, tak tau nak beli apa..
Ayang: selamat ulangtahun perkahwinan kita Sayang. Ayang harap, Ayang dapat membahagiakan Sayang dan menjadi suami dan abah yang baik pada Sayang dan Fatin.

Sayang : Sayang pun nak ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan, Sayang harap ayang akan setia pada Sayang sorang saja..

Ayang : Sayang pun mesti menjadi isteri yang setia jugak tau..

Sayang : erm..sudah semestinya.. Sayang nak hadiah, tahun pertama Ayang bagi rantai tangan, tahun kedua brooch tahun ni tak da ka, kad pun tak da?
Ayang : Ayang tak beli apa2 la..

Sayang : esok Ayang beli na..

Ayang : ok...

Tuesday, January 20, 2009

Labu oh Labu..

4 hari aku bercuti menu harian dipenuhi ngan labu jer.. sebenarnya sepupu aku ada menanam anak kelapa sawit.. n memang kebiasaanya sementara nak tunggu anak kelapa sawit tu besar cina2 ni akan ambil kesempatan menanam macam2 se perti nanas, labu dan tembikai. Tanah sepupu aku ni depa tanam labu.. dan labu2 ni tak berapa nak menjadi..tahu sajalah cina tu kalau dia nak buah yang besar2 je la..tapi sayangnya buah2 labu ni tak menjadi, kecil molek jer..pas tu dia tak mau amik la... so abang aku ngan mak aku apa lagi setelah diberi keizinan ha...2 guni dibedalnya... tu lah jadinya yang hari2 makan labu tu..

mula2 mak aku buat labu rebus cicah nyok yang telah digaul gula n garam.. sedap.. macam makan ubi kayu ngan nyok tu la.. cuma tukar ngan labu je la..pas tu petang2 buat cucur labu atau aku panggil cokodok labu..sedap siot...lagi sedap dari cokodok pisang tu, serawa labu pun sedap gak..setengah tempat panggil pengat labu.. banyak resepi dari labu ni, buat masak lemak labu, lepat labu, cucur keria, apa2 je lah juadah yang dulunya menggunakan ubi kayu kini digantikan ngan labu.. sedap memang sedap.. tapi aduhh.. sakit badan la makan2 byk2.. sejuk satu badan..kalau org yang dalam pantang atau anak kecik lagi pun tak digalakkan la..tapi memang best la makan labu...n tak sabar2 ni sat g balik keja mak nak masak apa lak labu yer.. tunggu....

Thursday, January 15, 2009

Cuti Lagi..

Jumaat ngan Sabtu ni aku amik cuti lagi.. sebabnya kontrak aku tamat bulan 3 ni. so, cuti tahun aku ada lagi 5 hari..kena perabihkan lah..kalau tak burn cam tu je lah..cuti aku takleh nak sambung2 tahun depan dah.. sebab kontak la katakan.. tapi tak pe lah..tetap ada kemudahan2 yang lain yang turut dinikmati kakitangan kerajaan cuma ada la skit perbezaannya terutama statusku yang bukan tetap ni menyebabkan sukar nak buat pinjaman. Nak tak nak dah dekat 4 tahun dah keja..ok jer...aku happy di sini..ok.. aku nak balik dah..selamat bercuti, selamat berhujung minggu.. minggu depan aku akan masukkan entry baru yer..

Tuesday, January 13, 2009

Family First..

"RENUNGKANLAH"

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"

Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci","

Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,i bu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

sekadar memanjangkan email dari seorang rakan.. begitu menyentuh hati.. ada kebenarannya.. sama-samalah kita fikirkan..

Saturday, January 10, 2009

Boikot Barangan Israel

Setiap hari akhbar2 muka depan pasal israel yang kejam tu.. kita sebagai hamba yang berperasaan melihat dan bersedih diatas kekejaman mereka. dibawah ni senarai barang2 yang kita kena boikot..

tapi sebenarnya banyak barang yahudi ni yang kita guna hari2.. terutama johnson, kotex dan maggi , tu pun senarai barang di atas hanya sebahagian sahaja, ada lagi mcm2..nokia salah satunya... kita kena boikot jugak...habis je botol baby bath tu, beli yg lain je lah..

Friday, January 9, 2009

Apam Mentega

Semalam cuti, saje amik cuti nak spend time kat fatin sebab fatin tak berape sihat 2 3 hari ni. Sambil2 tu, saja nak cuba resepi yang mudah dan sedap ni dari blog suzi.. jadi gak le..walaupun ros ni boleh dikategorikan orang yang payah sangat nak buat kuih muih ni.. kalau masak lauk pauk ok lah tapi bab kuih muih ni malas skit la.. tambahan pula bahan2nya pun dah memang dok ada so try je lah.. tapi tak berape nak naik sgt sebab kurang soda bikarbonate kot.. entahlah.. mentega pun sikit je, tgk balance yg dalam peti jer..tapi tetap laku, licin..he..he.. ni lah bahan2nya ros copy paste dari blog suzi jer..tima kasih yer kak atas resepi ini..

Fatin pun tak ketinggalan nak cuba resepi yang mama buat...

Bahan-bahan

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
tengok..walaupun kuihnya tak cantik, tetap licin..tak tahula plak, kot2 masing2 tgh lapar, maklumlah ptg2 hujan lak tu...

Tuesday, January 6, 2009

Nak buat Rumah..

Tahun ni ingat nak ada rumah sendiri dah..nak cuba berdikari walaupun nak buat rumah hanya di depan rumah mak..masih lagi leh minta tolong kalau ada ape2 emergency, terutama kalau tengah2 malam fatin nangis, susah hati betul, dok ngan mak leh mak tolong jampikan gak..he.he.. mak ros leh gak la ubat-ubatkan orang, tetapi semua itu atas kehendakNya.. ros tak da duit sangat nak buat besar2, ni pun nak buat pinjaman ni..cuma dapat jimat dari segi tapak jelah.. tanah mak... kalau tidak banyak modal nak beli tanah lagi... cukuplah buat 2 atau 3 bilik tidur dulu, janji keperluan asas semua ada.. ye lah of course nak ada bilik air, dapur, ruang tamu n yg penting bilik tidur la... so, nak minta tolong blogger2 yang tahu pelan2 rumah ke, anggaran kos ke, laman2 web pasal pelan2 yg boleh di design kan ke, apa2 je lah yang kaitan ngan pembinaan rumah ni.. ros ada amik contoh pelan rumah ni, bagi ros cantik gak ler tapi saje nak tanya pendapat pengunjung blog ni lak..cam na..ok tak?


7 Ayat


Sabda Rasulullah SAW:

"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu

3. Astarfirllah :Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4. Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kemati
an

7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah


Saturday, January 3, 2009

Tag Dari Tera..

Tag ni dari Tera yang memang suka mendera ni...tapi tak pe..ros ni dengan besar hati menerima dan menjawab tag ni sebaik yang boleh...dan tag ni ada peraturannya plak...

Peraturan untuk menerima award ini ia
lah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Ros untuk mendapatkan award anda".


Berikut ini adalah 10 fakta tentang ros:
  1. Bercinta selama 7 tahun sebelum ke jinjang pelamin iaitu dari tahun 1999 (form 5) hingga 2006. Lambat kawin sebab tunggu ros abih belajar dulu.
  2. Anak bongsu dari 6 adik beradik tapi bukan anak manja tau..
  3. Dari kecik memang rapat ngan bapak, tetapi bapak pergi dulu ketika umur ros 12 tahun.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
  4. Bila tiba time malas, satu benda pun aku tak mau buat tapi bila tiba time rajin habis semua keje aku nak buat..
  5. Tahun 2009 ni azam nak turunkankan berat badan yang dah berkilo2 ni..
  6. Ros memang sukakan binatang terutama kucing, hubby pun sama tapi buat masa ni tak leh nak bela lagi sebab fatin kecik lagi..takut dicekik2nya pulak..nanti fatin besar skit..nak bela balik la..
  7. Suka warna hijau, biru, merah dan hitam
  8. Suka membaca terutama novel, ilmu keibubapaan dan majalah keluarga
  9. Mudah tersentuh terutama kisah kanak2 yg terdera, dan mcm2 lagi..minta dijauhkan dari anak kita..dan mudah terpengaruh..bila org mai jual apa2 mudah sgt hati nak beli..nasib la duit x da sgt..kalau tidak..erm..
  10. Suka tengok cerita seram, suspen, action..bak kata yang menggegarkan jantung la..
Mangsa yang ros nak tag seterusnya ialah:
1. Puteri Ezza
2.Ct as
3. lady D
4.Ecah
5.Suzi

cukuplah lima yer..dan sapa2 yang berminat nak jawab tag ni...give comment dulu ok..

Friday, January 2, 2009

Tip mendidik Anak Cepat Membaca

Info ni ros dapat dari forum mesra.net. Rasa tertarik dengan kaedah ni, so letakkan dalam blog ni leh kongsi ngan yang lain. Ros ni bukanlah pakar dalam bidang penulisan tentang anak2 tapi suka membaca dan menambahkan pengetahuan tentang keibubapaan. Oleh itu dari sehari ke sehari ros akan sentiasa updatekan blog ni ngan informasi keibubapaan untuk rujukan ros dan pengunjung blog ni.

Merangsang Minda Melalui Aktiviti Fizikal

Latihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak.

Aktiviti seperti
melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam memben
tuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria. Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya.

Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous
). Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) disarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya.

Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan
. Melakukan jalan pint
as seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.