Wednesday, November 11, 2009

Susahnya nak ambil gambar..

Fatin sejak makin membesar ni, makin kurang gambar yang dapat dirakamkan..dia sekarang tak suka bergambar..tiap kali mama nak amik gambar ja..mula la, tutup muka la, lari la..ish..kecik2 dulu pantang nampak kamera, nak sengeh jer..sekarang ni dah terbalik..nampak ja kamera.. terus lari.. takut mama amik gambar dia. kalau rakan2 bloger perasan, ros sekarang ni seminggu pun susah nak update entry, bukannya apa, dah gambar fatin pun berkurang, mama pun kurang la mood nak berceloteh kat sini..kalau banyak gambar leh la cite gelagat2 dia yg memang sentiasa menghiburkan kami sekeluarga.. Fatin dah petah bercakap walaupun kadang2 tak bape nak paham apa yang dia cakapkan..Ros pun dah mula ajarkan dia untuk ke tandas, tak perlu lagi pakai pampers, pakai waktu tidur malam jer.. minggu pertama n kedua tu, ros akan bawa dia ke bilik air 2 atau 3 jam sekali.wpun fatin tak mau sampai kena dukung, tetap kena bawa juga.. sebab nak bagi biasakan dia dengan bilik air.. kadang2 dia tak mau buang air pun, bila dah siap pakai seluar, hah..dia kencing pulak...kebanyakannya buang air lam seluar.. dia tak pandai nak habaq lagi, kalau habaq pun dah buang air baru nak habaq..tapi tak per..mama sabar jer.. Alhamdulillah, berkat kesabaran n kerajinan mama untuk bawa fatin ke bilik air, akhirnya sekarang ni fatin dah pandai nak habaq dah nak bung air.. tapi mama kena cepat2 terus bawa ke bilik air, tak leh tangguh2..kalau dok tunggu2, erm..alamatnya basah habis la lantai tu.. kira cepat jugalah fatin belajar, sebabnya mama leh ajar bila mama cuti ja, tapi dah fatin dok ngan tok, tok pun ajarkan jugak, tapi tak hari2 la..kalau tok rasa tak bape sihat tok pakaikan pampers ja.. tak yah ulang alik nak g tandas nak kena mop lantai nanti...


ok..ni ada gambar2 fatin yang tak mahu gambarnya diambil..tgklah..susahnya nak ambil gambar dia..


tgk tu..dgn senduk pun jadilah..janji leh tutup muka..

anak mama..pengarang jantung hatiku..love u so much..ummmmmmmmmmmuah...

Wednesday, November 4, 2009

Tip Keibubapaan


" TIP KEIBUBAPAAN”

Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan Peringkat bayi:

  1. Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.

  2. Sentiasa bertenang.

  3. Menghayati detik-detik bersamanya selalu.

  4. Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.

  5. Memberi anak anda susu ibu.

  6. Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan.

  7. Selalu membaca untuknya.
Peringkat Kanak-kanak
  1. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.

  2. Selalu membaca bersamanya.

  3. Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’

  4. Amalkan disiplin secara konsisten.

  5. Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.

Peringkat Remaja:


  1. Teruskan bergambar bersama anak anda.
  2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
  3. Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
  4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.
  5. Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.

  6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

sumber : kementerian, pembangunan keluarga dan komuniti

Friday, October 2, 2009

Entri terlepas..

raya dah lepas dah..tapi suasana raya masih terasa lagi memandangkan sana sini masih terdapat jamuan rumah terbuka lagi.. dah lama sangat tak masukkan entri ni..jadi hari ni cadangnya nak masukkan semua entri2 yang tak sempat nak masukkan dulu.. hari2 bila mai keja kata nak update blog..tapi ada saja yg dilakukan..tgk2 jam dah 6.00 petang..tak sempat lagi.. tunda lagi.. sampai la hari ni. kena nekad juga buka blog.. kalau tak nanti bersawang lak rumahku ini.. he.he..

pertama..

aku menang jugak contest jom bermain air bersama.. anjuran kak yong, walaupun kategori aku diwujudkan di saat2 akhir.. fuh..best betul..sebabnya pertama kali cuba masuk contest ni..
ok..ni foto yang aku menang lam contest ni..hadiah lak..tak diberitahu lagi kerana last minit kan...janji menang.. tima kasih pada kak yong n juri2..

kedua..

kad raya yang diterima dari kak yong.. sory kak, lambat nak tempek lam blog.. terima kasih daun keladi..

ketiga..

gambar fatin yang terkini ketika hari raya.. tapi bukannya pakai baju raya tau.. pakai baju tidur ja..


Ni pulak..gambar fatin ngan syifa..yang dikatakan seiras mukanya..seiras tak?
syifa ni anak sepupu aku, dia tua setahun dari fatin..

Saturday, September 5, 2009

Happy Besday Fatin

Happy Besday sayang mama yang ke 2 tahun..semoga sentiasa sihat, menjadi anak yang solehah dan anak yang baik untuk mama dan abah... hari lahir fatin ialah pada 20 ogos 2007..dah dekat 2 minggu dah baru sempat nak masukkan gambar fatin masa sambut hari lahir hari tu..tak sempat nak buat besar2 pun... just makan2 family ja.. sebabnya mama n abah kerja dan mama nak buat pada tarikh 20 ogos gak.. tak mau buat tarikh lain.. jadinya malam2 ni kita2 ja la makan.. ok... ni ada gambar fatin yg terkini ketika umur 2 tahun....

Kek Hari Lahir..

Tak sabar nak potong kek ni la mama..

sedapnya kek ni abah..abah nak tak?

hadiah dari mama..

tak sabar nak buka ni..

kejap yer..adik nak makan dulu..hadiah ni biar adik pegang yer!

wah..seronoknya...ada muzik lagi...

adik nak main ni..abang tak mau la kacau..

hari ni adik nak tidur peluk hadiah yang mama bagi ni..adik suka sangat..

Fatin punya suka mainan ni.. sampai tidur pun dipeluknya mainan ni..tak bagi sapa2 pegang.. mama rasa bahagia sangat bila hadiah yang mama beri adik betul2 suka..

Saturday, August 29, 2009

" Beatiful Baby Search Contest "

Entri kali ni adalah untuk contest" Beatiful Baby Search Contest " Looking For Beautiful Prince And Princess" dari Mommy Zara, Cik penganjur ialah Princess Delisha. tima kasih ya..kerana mengadakan contest ini..


Syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara 2. sila add banner di atas pada sidebar.. 3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah.. 4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri 5 sila nyatakan bila gambar diambil. 6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k... ok..semua syarat telah dipatuhi..entri ni pun buat last minit..sebenarnya dah lama dah tengok2 n cari2 gambar yang sesuai, hari ni dah 29 dah..baru tingat tarikh tutup 31 ogos.. wah cepat2 siapkan entri....

Nama Anak : Fatin Nuradila binti Sharizam
Umur : 2 tahun (lahir pada 20 ogos 2007)

Ini gambar yang dipertaruhkan dalam contest ni..
Tadaaaaaa.....

Gambar pertama..gambar ni diammbil 4 bulan lepas.. fatin ni sebenarnya susah nak ikat rambut dia..asyik lari ja bila nak ikat.. gambar ni diambil sebab nak tengok gambar dia ikat rambut.. tu pun jenuh dok kejar sebab tak mau gambarnya diambil

Gambar kedua bersama abah..gambar ini dirakamkan juga 4 bulan lepas...fatin ni kalau naik keta sibuk ja nak pegang stereng..kenalah abah melayan karenah dia..erm..apalagi siap duk pusing2 stereng tu..

ok.. dah siap.. jom tengok hadiah2nya ialah :

1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan

Ramadan dah dekat, ross nak ucapkan Salam Ramadan pada semua.. selamat menjalani ibadah puasa n beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini..mohon ampun dan maaf atas segalanya.. semoga ikatan persahabatan di alam siber ini terus ukhwah walaupun tidak pernah bersua muka..

Wednesday, August 19, 2009

Contest Jom Main air Bersama..


Contest jom main air bersama ni datangnya dari kak yong. Pertama kali nak try masuk contest.. lagipun setelah diteliti syarat2nya mencukupi..maka nak cubalah juga.. mana tau rezeki kan... lagipun fatin memang suka main air..

ok..ni gambar yang dipertaruhkan dalam contest ni...

Nama Anak : fatin Nuradila binti Sharizam
Nama Mama : Rosmawati binti Saman
Nama Abah : Sharizam bin Bidi
Tarikh Lahir Fatin : 20 Ogos 2007 (esok genaplah fatin 2 tahun)

Cerita pasal gambar ni..masa ni fatin umur dalam setahun leb
ih kot..gambar dah agak lama.. sejak kebelangan ni jarang wak fatin g mandi manda..maklumlah musim hujan2 ni...takut juga la.. fatin memang suka main air tapi yang peliknya masa kecik dulu sampai dekat 3 bulan gak takut ngan air..bukan setakat nak mandi..baru buka baju ja dah nangis.. sekarang ni..pantang kalau tgk air..nak ajak mandi ja...kalau lalu kot sungai ka..mesti ajak "mama nak mandi..." gambar ni masa kami pergi mandi manda kat lata Tebing Tinggi.. airnya memang sejuk sangat..
fatin punya seronok sampai tak mau naik dari air.. kaki dah biru2 dah, dah kecut..masih nak berendam lagi...tgk tu..siap pakai gaju renang kaler pink lagi..abah pun ajar la fatin berenang.. bukan main seronok lagi dia.. mama tak berani nak dukung lama2 dalam air..takut terlepas.. jadi abah lah sentiasa disisi.

Tips2 untuk menarik minat si kecil bermain air:

1. Sediakan mainan seperti itik getah

2. Mandi bersamanya..

3. Buat air terjun..guna paip getah


4. Selalu bawa anak mandi di luar seperti lata, waterfall, kolam..

5. Jadikan aktiviti mandi itu sesuatu yang menyeronokkan..(selalunya ros akan letak besen besar n masukkkan bayak buih sabun, fatin sukakan buih
sabun..barulah dia berani nak kenakan air dibadan dia..)

Tips2 untuk keselamatan ketika anak bermain air:

1. Jangan tinggalkan anak berseorangan ketika mandi walaupun sekejap..tak kira la dirumah apatah lagi di tempat2 mandi awam mcm lata @ jeram, waterfall dan seumpama dengannya

2. Pastikan lantai bilik air tidak licin..

3. Jika mandi di kolam atau seumpanya, sentiasa pegang anak dan mandi di kawasan yang cetek..

4. untuk lebih selamat gunalah pelampung..

4. Bila nampak anak dah menggeletar kesejukan, segeralah bawa anak keluar dari air..takut demam pulak nanti...

Hadiah-hadiah ditaja oleh :


Saturday, August 15, 2009

Petua2 dlm Tugas Harian Wanita

Petua-petua ni semuanya terdapat dalam buku " Petua-petua wanita Persoalan & Penyelesaian" ditulis oleh Pn Amina Noor. Banyak info berguna yang boleh dicuba dan diamalkan oleh kaum wanita dalam kehidupan seharian. Disini ros cuma nak masukkan sedikit petua-petua yang terdapat dalam buku ini yang mana petua2 ni perlu di dalam kehidupan sehari-hari.

1. Hilangkan Daki Di Leher Baju
Sapukan syampu rambut pada leher baju yang kotor, biarkan seketika dan berus seperti biasa hingga hilang daki2 yang melekat. Setelah itu bilas seperti biasa.

2. Pulihkan Bulu Permaidani
Bagi mengembalikan bulu permaidani yang tertindih oleh perabot, gunakan ketulan ais. Biar ketul ais itu cair pada tempat yang tertindih itu. Bulu permaindani itu akan dipenuhi air dan ia akan mengembalikan kesegarannya. Kemudian beruskan supaya bulunya menjadi segar semula.

3. Hilangkan Kesan Hangus di Periuk
Kesan hangus di periuk memang sukar untk dihilangkan. Cara mudah dan tidak memenatkan ialah dengan memasukkan serbuk penaik dan sedikit air kedalam periuk tadi. Biarkan beberapa jam dan cucilah seperti biasa.

4. Mencuci Tapak Seterika
Menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.

5. Petua Memutihkan Nasi
Ada sesetengah beras bila dimasak menjadi perang warnanya. Untuk memutihkan warna nasi tersebut, bolehlah anda masukkan 1 camca teh air limau nipis pada setiap 1 tin beras, bila anda memasaknya. Nasi anda akan bewarna putih dan menyelerakan apabila ia telah masak.

6. Menghalau Tikus Di dapur
Untuk mengatasinya, ambillah daun durian belanda. Letakkan pada dapur atau tempat simpanan makan anda atau pada bendul yang terdapat di dapur. Cara ini akan membuat tikus segera lari.

7. Mengembalikan Cahaya Gelas
Petua yang berkesan untuk mengembalikan cahaya anda ialah dengan membilasnya dengan air nila setelah dibesihkan dengan sabun. Bancuh air nila (jangan terlalu pekat) seperti anda hendak menila kain putih kemudian bilas kain anda. selepas itu tiarapkan di atas kain yang bersih. dengan car ini gelas anda akan kembali bercahaya.

Ini je lah yang sempat ros taipkan.. selebihnya.. kena beli buku ni lah yer..
leh simpan untuk kegunaan sehari-hari... selain itu terdapat info2 lain tentang wanita.

Antara isi kandungannya ialah:
1. wanita dan Air
2. Pengubatan Sederhana Dirumah
3.wanita dan kehamilan
4. Masalah dalaman wanita
5. Masalah dari Rahim wanita
6. Jangkitan Pada Faraj
7. Bentuk Tubuh Singkap rahsia Peribadi Wanita
8. Kesihatan Dan oermasalahan ibu hamil
9. Rahsia Pengantin Kekal Lama
10. masalah Kegemukan
11. menjaga kulit Muka
dan banyak lagi la..

ni rupa muka depan buku tu..

p/s: bacalah..rugi kalau tak baca..kalau tak mau beli leh pinjam dimana2 Perpustakaan Desa PNM..Perpustakaan desa ni ada di setiap negeri di seluruh malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang perpustakaan desa PNM ni leh ke laman web ni...klik sini

Wednesday, July 22, 2009

Minat BuKu

Fatin minat sungguh ngan buku..walaupun tak pandai baca buku lagi..tapi awasss....jumpa ja buku, pen ke pensil ke.. mula la nak menconteng.. tapi 1 yang bagus tentang fatin ni..tak pernah nak conteng dinding ke, lain2 tempat yg tidak sepatutnya..jika dia jumpa pensil atau pen dia akan cari buku atau kertas untuk diconteng..pandai sungguh anak mama ni..


Siap ngan gaya lagi..ni kes dok tiru mcm kakak (anak buah) yang bila buat keja sekolah suka sangat meniarap...ni je gambar yang sempat dirakam..fatin la ni susah sangat nak amik gambar dia sebab dia sibuk ja nak pegang kamera..mama tak bagi la..takut jatuh..rosak..yang tu ja mama ada pun...satu lagi yang aku perasan, fatin ni suka guna tangan kiri bila pegang pen..kidalkah dia? ntahla..belum pasti lagi..

Wednesday, July 15, 2009

8C BuaT SuaMi BeNcI IsTeRi

C1.
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
Ros : rasanya tak pernah cabar suami buat mcm ni..gerunnnnn

C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
Ros : memang tak pernah buat pun..

C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
Ros : kadang-kadang tu terlepas cakap jugak..opps..minta maaf cepat-cepat

C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
Ros : he..he..ada gak la waktunya comot..

C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
Ros : Cemburu jugak tapi berpada2..

C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
Ros : mana ada g tempat class2..selalunya gerai kegemaran kami je la..

C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
Ros : adusssss....asyik dok tengok tv anak dah kuar sampai jalan..

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa... Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
Ros : errmmmmm...kalau habaq awal..sempatla nak bersiap..

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..
Ros : Perlu perbaiki diri.....

Tuesday, July 7, 2009

Lebam Sukar Dielak

Baru2 ni ros terbaca tentang lebam yang sukar dielak. Selalunya lebam terjadi disebabkan terjatuh.. budak2 tak sah kalau tak jatuh.. rasa tertarik dan sesuai untuk dikongsi bersama, ros pun ambik keratan ni dah letakkan dalam blog untuk tatapan ibu bapa yang sentiasa ingin yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini...

Sila klik gambar untuk besarkan gambar..

Sumber : Utusan Malaysia, Mega 2 Julai 2009

Tuesday, June 30, 2009

Kini Kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman di alam siber. Hampir 3 minggu tak masukkan entri..kawan-kawan lain dah macam-macam entri dah.. Ros baru seminggu balik dari Kelantan menghadiri kursus.. mula2 tu kena pergi kursus rasa malas ja.. sebabnya dah pernah p dah kursus ni, cuma pikir2 balik ok lah...dah nama ada, pergi je lah.. kursus selama 9 hari.. sebenarnya bagus juga kursus ni diadakan.. lebih kepada refresh otak yang dah lama beku ni, motivasi diri pun dapat ditingkatkan.. selalu mcm tu lah.. bila dah kena "cuci" sikit baru la ada semangat... tu tentang kerja..

Tentang perkembangan fatin lak, fatin dah pandai kayuh beskal dah, beskal tu dah lama beli tapi jenis yang tinggi skit..sejak leh kayuh beskal ni, asyik dok naik beskal tu ja, kalau sapa2 balik nak pinjam beskal dia pun, dia tak bagi, dia p amik beskal dia yg satu lagi yg tak pakai tempat kayuh tu, yg kayuh pakai kaki ja..yg tu dia dah tak naik dah..maklumlah dah pandai kayuh dah, tak layan dah la beskal yang kecik tu.. satu lagi, fatin suka sungguh ngan kartun "wonderpet" selalu dok nyanyi.."wonderpet, wonderpet kami dataang.." mama siap amik lagu tu masukkan dlm fon lagi.. senang fatin dok dgr n nyanyi.. Makan pun dah nak suap sendiri..dah dekat dua tahun dah..dah pandai dah sebut 1 sampai 3.. yg tu ja yg mama ajar pun..he..he..

Kepada teman-teman blog semua, ros ucap terima kasih kerana masih ingat ros disini.. Sampai disini dulu.. sory, gambar fatin terbaru tak dapat nak masukkan..camera bawa tapi bateri tertinggal lak hari ni.. nanti2 ros masukkan gambar fatin yg terbaru k..

Wednesday, June 3, 2009

Salam Rindu..

Salam rindu pada teman2ku di alam maya..Lamanya tak update blog..ros mohon maaf pada semua teman-teman blog yang berkunjung ke sini....dah bersawang dah blog ni..he..he.. entahlah..apa yg disibukkan pun ros sendiri pun tak tahu..tapi yang pastinya..dah dekat 2 minggu tak sempat nak masuk blog kawan2...tengah setlekan keje yang banyak terbengkalai kot..he..he.. Pada kawan2 alam maya yang sentiasa sudi mengunjungi blog ini, terima kasih banyak2..hari ni pun ros tak sempat nak masuk semua blog kawan2, so minta maaf sekali lagi pada kawan2 jika ros ada terlepas gift, tag or award yag diberi..nanti ros akan cuba masukkan kan juga...pemberian kalian amat dihargai...semoga diriku tidak dilupakan....

Wednesday, May 6, 2009

Tag Lagi...

Tag dari kak Ct as

A - 5 Names I go by
1) Ros - panggilan kengkawan

2) Kak Ros - panggilan kengkawan yg lebih muda dari ku
3) Ma - panggilan keluarga
4) Mak Su- panggilan anak2 buah belah aku
5)Mak Lang - panggilan anak2 buah belah suami
sebenarnya ada lagi..tapi dah minta lima aja..so yg ni jelah..yg paling kerap disebut..


B: 5 Jobs I have had in my life

1) Mengasuh anak buah
2) Keje kilang
3) Jadi pelayan kedai makan
4) Kerani kat syarikat pembinaan
5) Pembantu Perpustakaan (now)

C: 5 Places I have lived before
1) Kolej Telekom, UUM

2) Asrama masa sekolah dulu
3) Seberang Jaya(rumah kakak, masa mengasuh anak dia)
4) Rumah Mak
5) Masih dok rumah mak sampai sekarang...

D: 5 TV Shows that I watch currently

1)Keliwon (TV 3)

2)The Biggest Loser
(Astro 702)
3) AF 7 (Astro 104)
4) Pilih Kasih (RTM)
5) Cinta Untuk Ain (TV3)


E: 5 places I have been
1) Port Dickson..(kursus 2 minggu..best..hari2 dapat mandi laut..tapi tak mandi pun sebab tak suka air laut..cuma suka pemandangannya ja..)
2) Melaka..

3) Lost World Of Tambun, Ipoh..memang sukakan taman tema air..kalau leh nak pegi sunway lagoon lak..bila tah..
4) Langkawi (selalu gak la..ada sedara kat sana)
5) genting higland..masa rombongan sekolah..(tinggal sabah ngan sarawak ja tak pernah pegi lagi..hu..hu.bila nak sampai tah..)

F: People that e-mail / contact me regularly
1) Ayang
2) Family
3) Syieda n Melah (kawan baik masa study dulu..)
4) Siti (kawan masa praktikal dulu..
)
5) Angah(kawan masa sekolah dulu..la ni dok kat KL buat bisnes menjahit..)

G: 5 of my favorite foods
1) Nasi kerabu

2) Ayam Goreng
3) Tom yam
4) Keow Teow sup
5) Mee goreng


H: 5 things I would like to do

1) Belajar memasak kuih muih dan segala jenis biskut..
2) Menjahit manik..minat tapi tak berkesempatan nak belajar..
3) Buat bilik fatin..fatin tak da bilik..kongsi ngan mama ngan papa jer..

4) belajar mengait...minat gak..tapi asyik tak jadi jer bila buat..
5) Buat rumah sendiri (dalam perancangan ni..)

I: 5 friends I think will respond
Tak de sapa2..tapi sapa2 yang berminat ngan tag ni dipersilakan..

J: 5 Things I am looking forward to

1) Tengok Wayang..sejak kawin..tak pegi lagi tengok wayang..alasan Ayang" beli cd lagi bagus, jimat dan dapat tengok banyak kali..")

2) Ada rumah sendiri..
3) dapat beli keta MPV..yg leh naik ramai2 macam estima ka, naza citra ka..terbaru exora..
4) Ada ruang perpustakaan di rumah.

5) pergi bercuti..mana2 tempat peranginan..

Thursday, April 23, 2009

Sesi menjawab tag

Tag ni datangnya dari Kak Yong..bersemangat jer jawab..maklum la dah lama tak kena tag ni.. tima kasih yer kak Yong...

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Ros ; 2. Kak Ros ; 3. Rosma


MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1. Tarikh lahir sendiri, Ayang & Fatin ; 2. Tarikh nikah & kenduri kahwin ; 3. Tarikh lahir mak


THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

1. Mengemas meja ; 2. Menyusun buku ; 3. Membaca suratkhabar ; 4.bukak blog & membuat entri ini

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. Alat make up ; 2. Telepon bimbit..sebab tepon yg ni dah teruk sgt..asyik kena baling ngan fatin jer..charger dah 2 3 kali tukar..abih fatin tarik.. 3. Majalah dan buku...; 4. Baju kelawar..memang suka buat koleksi baju kelawar..

YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Membaca.. ; 2. Menonton TV ; 3. Berblogging

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

1. Mana2 lata @jeram @ pulau...sebenarnya aku tak suka mandi air laut.. tapi tetap suka pergi, just tengok pemandangan dan tgk fatin ngan Ayaang je la mandi... ; 2. Sunway Lagoon, tingin sangat nak p, tak pernah sampai lagi pun..aku memang suka taman tema..; 3. Mana2 jer janji bersama Ayang ngan Fatin..

FAVORITE DRINKS:

1. Teh o is limau ; 2. air suam ; 3. Carrot susu; 4. Limau ais


THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Tilam..tak pakai katil pun..takut fatin jatuh lak.. ; 2. almari baju ; 3. Penimbang..asyik timbang jer..berat tak turun2 jugak.. ; 4. kipas angin

FAVORITE COLORS:

1. Hijau ; 2. Biru ; 3. Merah ; 4. Hitam

TOP FOUR HANGOUTS:

1. Billion Parit Buntar ; 2. Gerai makan di Selama Perak; 3. Carefour Seberang Jaya ; 4. Mini Market Golden

Persons U LOVE SO MUCH:

1. Ayang ngan Fatin ; 2. Mak dan pak mertua ; 3. Adik-beradik, ipar duai & anak2 sedara ; 4. sedara-mara, kenalan & sahabat handai

"THINGS" SPECIAL TO YOU:

1. Album masa sekolah, kat U, pertunangan, perkahwinan dan gambar fatin; 2. Keta ; 3. Handset sony arecson..sebab beli gaji pertama..tapi dah tak leh pakai dah, dah rosak, tapi still simpan lagi.. ; 4. incin tunang & cincin nikah.. masih pakai lagi... dah p tambah size sebab dah ketat.. ; 5. Surat2 cinta dan barang pemberian Ayang..masih lagi tersimpan elok ..surat dari tahun 1999..

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

Tag ni nak dipanjangkan kepada:

1.Kak Tirana ; 2. Ct as ; 3. Reen ; 4. Sis Lin ; 5. Lieya


REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

Menghargai ingatan seorang kawan & supaya dapat saling kenal lagi..

Wednesday, April 22, 2009

dah pandai tengok tv..

Ni gambar terbaru fatin..saja amik gambar dia tgh tengok tv..fatin dah pandai tengok tv dah. .. terutama kalau tengok cite seram..dia pun mula la ngesot mai dekat mama..buat2 muka takut...

kusyuknya anak mama tengok tv..
tengok tu..sampai terpaksa sengetkan kepala sebab mama lindung adik nak tengok tv..



p/s : gambar tak terang sebab amik waktu malam..pakai kamera handset jer..

Tuesday, April 14, 2009

Award..

Dah lama tak dapat award ni sebenarnya..terima kasih banyak-banyak pada yang sudi beri award di blog rossizam ni..sebenarnya 2 3 menjak ni sibuk skit..so, x sempat nak melawat semua rumah kawan2..harap2 masih ingat ros disini..dan thanks a lot atas award ni..

award dari erriey dan ct as..



Award dari kak Yong

terima kasih daun keladi..lain kali bagilah lagi..he..he..
sorry..yer ct as n eriey tak panjangkan award..

Saturday, April 11, 2009

Tips Motivasi Kerja

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadhilah Kamsah

Jadi renungilah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya....

sumber : email..

Tuesday, April 7, 2009

Darah Campuran..

Ahad baru-baru ni pergi tengok sepupu aku bersalin..baby girl..Nur Fitrah Anisa..kalau tengok betul-betul memang wajahnya lain skit..sebabnya baby girl ni berdarah campuran..sepupu aku kawin dengan orang bangladesh...Abang Ali namanya..sebenarnya banyak yg aku dengar yg tidak elok tentang orang bangladesh ni.. tapi alhamdulillah la.. abang Ali yang aku kenal ni..ok ja.. dan yang paling best kalau p rumah depa mesti dia akan jamu makan nasi....dan semestinya lauk pauk yang dia masak sendiri.. betul la.. org bangladesh ni suka makan daging terutama daging kambing.. dan bagi aku mereka ni memang jenis yang menghormati tetamu..akan layan dengan baik tetamu yg datang ke rumah..x dibenarkan balik selagi tak menjamah apa2...sebenarnya ni anak mereka yang kedua selepas yang pertama telah meninggal dunia ketika dalam kandungan lagi.. see, hidungnya yg terpacak tu...comel sungguh..


Friday, April 3, 2009

Musim Hujan

Sekarang ni kan musim hujan..hari2 balik keja hujan..mujurlah naik keta..kalau naik moto mesti basah lencun..sian kat Ayang..hari2 kena hujan..dah la baru lega demam..dah kena hujan balik.. tu yg 2 3 hari ni x sihat ja.. sekarang ni..masa pagi n tengah hari punyalah panas..bila petang ja.. hujan turun.. tu yg badan mudah tak sihat tu.. Balik kerja kelmarin pun macam tu lah...suasana mendung.. gelap jer.. aku ni kalau gelap2 mula la takut..rasa cam x selamat ja..sempat gak amik gambar..
gelap kan?...jam waktu gambar ni dirakam dah kul 6.40 petang dah..lepas ja aku amik gambar ni..hujan pun turun..tak amik gambar time hujan sebab nak cocentret wak keta..hujan2 jalan licin..so, kepada semua pemandu, pandu keta berhati2 k..

Wednesday, April 1, 2009

Fatin Happy..

Fatin paling suka kalau ke supermaket atau mana2 tempat shoping ada benda alah ni..pantang kalau nampak tak mau gerak mana dah..selagi tak leh naik dia ngamuk la..sebenarnya masa dia kecik2 lagi, masa x leh nak jalan lagi..aku la suka letak lam tu..senang tak yah dukung..suh abah jaga..leh la aku p beli barang..tapi la ni..masalah la plak..sekali naik 50 sen..kadang2 tu sampai 7 8 kali..dia tak mau turun..ha..jawapnya kena dukung masuk keta la..semua org tgk..dia macam tak puas lak naik benda alah ni...siap tukar2 tempat lagi..sat nak duk lam itik sat nak duk lam keta..anak mama ni...

Tengok tu..betapa happynya dia dapat naik benda ni..mama pun happy tengok anak mama happy...